Seminar Baitul Maqdis pada 7 dan 8 Ogos 2010 yang diadakan di Hotel De Palma Shah Alam telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Seminar dua hari tersebut yang mengupas isu-isu berkenaan palestin telah membariskan 9 pembentangan kertas kerja yang terdiri dari ahli akademik dan aktivis NGO antaranya Prof. Dato’ Mohamad Abu Bakar (Universiti Malaya), Prof. Madya Dr. Zainur Rashid bin Zainuddin (Aman Palestin), Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan dan Terengganu) Prof. Dr. Mohd Nazari bin Ismail (Universiti Malaya) dan ramai lagi.
Dua orang aktivis kapal Mavi Marmara turut hadir menceritakan pengalaman masing-masing dalam seminar ini iaitu Tn. Hj. Zulkifli bin Wahidan (Muslim Care) dan Hj. Jamuldin Elias (Yayasan Amal Malaysia). Seminar ini telah dirasmikan penutupannya oleh Dato’ Dato' Wan Mohamad Bin Dato' Sheikh Abd Aziz, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan seterusnya melancarkan buku “Baitul Maqdis : Kejatuhan Palestin dan Kewujudan Israel” yang mengandungi kertas-kertas kerja yang dibentangkan dalam seminar ini.
0 comments to "PUM ANJUR SEMINAR BAITUL MAQDIS"