PUM Kesal Ada Pihak Cuba Menyebar Fitnah Melalui SMS
Persatuan Ulama Malaysia kesal dengan segelintir manusia yang cuba mengheret PUM dalam isu yang melibatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
SMS yang dihantar oleh pihak-pihak tertentu dan diterima oleh pihak kami berbunyi:
“Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menolak cara Anwar cuba gulingkan kerajaan dgn kekerasan. Islam melarang & melaknak umatnya yg menimbulkan kekacauan. Kpd semua rakyat jgn terlibat dalam demo berdarah pd 9 Jan. Sebarkan.”
Ingin ditegaskan bahawa PUM tidak pernah mengeluarkan apa-apa SMS mahupun kenyataan rasmi dalam hal ini. Pada kami, jika ianya isu yang membabitkan keselamatan, eloklah pihak keselamatan yang menjaganya. Isu politik, diselesaikan melalui saluran sepatutnya. Begitu juga dengan isu-isu lain.
Oleh yang demikian, pihak kami berharap penyebaran SMS fitnah yang disandarkan atas nama PUM ini dihentikan segera dan jangan heret PUM terlibat dalam isu-isu sebegini.
MALAM LANTUNAN MAHABBAH BERSAMA SHEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MABRU AL-BANJARI AL-MAKKI
MALAM LANTUNAN MAHABBAH BERSAMA SHEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MABRU AL-BANJARI AL-MAKKI
Tarikh : 31 Disember 2011
Hari : Sabtu
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Masjid Negeri Selangor
Tarikh : 31 Disember 2011
Hari : Sabtu
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Masjid Negeri Selangor
Pengisian : Solat Tasbih, Tasbih Munajat, Burdah Selawat dan Tausiyah
MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR
TAN SRI DR ABDUL HAMID OTHMAN MENINGGAL DUNIA
KUALA LUMPUR 23 Dis. - Bekas Penasihat Agama Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman meninggal dunia akibat strok di pejabat beliau di pusat membeli-belah Maju Junction, di sini hari ini.
Difahamkan Setiausaha Agung Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) itu telah mendapat serangan strok ketika sedang menjalankan urusan kerja di pejabatnya dan meninggal dunia kira-kira pukul 4.45 petang tadi.
Sebelum ini, Allahyarham pernah memegang jawatan sebagai Penasihat Agama Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. - UTUSAN
Difahamkan Setiausaha Agung Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) itu telah mendapat serangan strok ketika sedang menjalankan urusan kerja di pejabatnya dan meninggal dunia kira-kira pukul 4.45 petang tadi.
Sebelum ini, Allahyarham pernah memegang jawatan sebagai Penasihat Agama Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. - UTUSAN
Published with Blogger-droid v1.7.4
Tags:
SETIAUSAHA PERSATUAN ULAMA' SEDUNIA MENGUNJUNGI PUM
26 November 2011 : Prof. Dr. Ali Mahyuddin Al-Qorahdaghi, Setiausaha Persatuan Ulama Sedunia dalam lawatannya ke Malaysia telah mengunjungi pejabat PUM. Beliau telah disambut oleh YDP PUM, Dato' Sheikh Abdul Halim Abd Kadir dan TYDP PUM, Dato' Wan Muhamad bin Abd Aziz serta beberapa exco PUM yang lain.
KENYATAAN MEDIA PUM ISU AKIDAH
KENYATAAN MEDIA
PERSATUAN ULAMA’ MALAYSIA
20 OKTOBER 2011
1. Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) amat prihatin dalam soal mempertahankan aqidah serta kesucian agama Islam. Dasar untuk berpegang teguh kepada aqidah Islam adalah jelas seperti yang termaktub dalam surah al-An’aam ayat 153 yang bermaksud:
“dan bahawa Sesungguhnya Inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.”
2. Oleh yang demikian, PUM adalah sangat bertegas dalam isu-isu yang berkaitan dengan aqidah, semua pihak perlu memainkan peranan untuk mempertahan serta memperkukuhkan aqidah umat berpandukan kepada kekuatan serta bidangkuasa yang ada.
3. Dalam mendepani isu aqidah umat, PUM berpandangan salah satu aspek penting yang perlu diberikan perhatian berat adalah soal kefahaman umat Islam tentang manhaj serta prinsip aqidah Islam yang sebenar. Pada hemat PUM, kegoyahan pegangan aqidah umat Islam adalah kesan langsung daripada kegagalan umat Islam untuk memahami prinsip serta manhaj aqidah dalam Islam.
4. Oleh yang demikian, berpegang kepada prinsip keilmuan yang akan tunjang kepada penghayatan umat, PUM berpandangan adalah menjadi komitmen kepada para ulamak dan agamawan untuk turun ke lapangan umat memberikan kefahaman berkaitan ilmu-ilmu aqidah Islam. Platform-platform ilmu seperti institusi sekolah, masjid, surau, madrasah, pusat
pengajian tinggi, jabatan serta agensi awam dan swasta perlu disemarakkan dengan kuliah pengajian yang berteraskan aqidah Islam.
5. Sesungguhnya legasi-legasi keilmuan berkaitan aqidah perlulah ditebarkan seluasnya kepada umat tidak kira sama ada kepada kelompok kanak-kanak, remaja dan dewasa. PUM amat percaya dengan kefahaman berteraskan ilmu adalah tapak asas kepada penghayatan aqidah yang kukuh serta mampu menjadi benteng ampuh bagi menghadapi apa jua cabaran termasuk dakyah-dakyah yang sengaja dirancang oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Dengan ilmu dan iman yang mantap, umat Islam pasti tidak akan mengorbankan aqidah suci yang diimaninya.
Sekian, terima kasih.
Ustaz Nik Muhd Marzuki Muhd Nor
Pengerusi Lajnah Perhubungan Antarabangsa
Persatuan Ulama’ Malaysia
JEMPUTAN MAJLIS SILATURRAHIM EIDUL FITRI
Selamat Hari Raya Eidul Fitri
Yang Dipertua/Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Kerja
Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM), Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (ACCIN), Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia (SHURA), Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Selangor (PUMSEL), Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan (PUMWP) dan Masjid Al-Muhsinin
Dengan segala hormatnya mempersilakan
| DATO’/DATIN/TUAN/PUAN/USTAZ/USTAZAH |
KE MAJLIS TERBUKA SILATURRAHIM EIDUL FITRI
Tarikh : Sabtu, 24 September 2011M / 26 Syawal 1432H
Masa : 11.00 pagi – 03.00 petang
Tempat : Perkarangan Masjid al-Muhsinin, Jalan Desa Bakti,
Taman Danau Desa, Off Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur
Kehadiran Tan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan/Ustaz menyerikan lagi majlis ini
Terima kasih
JEMPUTAN KE MAJLIS HIWAR ISLAMI & IFTAR JAMAEI PUMWP
PERSATUAN ULAMA’ MALAYSIA
Dengan segala hormatnya mempersilakan
Ke Majlis Hiwar Islami & Iftar Jamaei
Pada: 25 Ogos 2011 / 25 Ramadhan 1432H
Masa : 5.00 petang - 8.00 malam
Tempat : Masjid Al-Muhsinin, Taman Danau Desa, Off Jln Klang Lama, KL
Bersama Ahli Panel Tokoh Undangan:
Dato‘ Syeikh Abd Halim Abd Kader (YDP PUM)
Tuan Guru Syeikh Nuruddin Al-Marbawi Al-Banjari Al-Makki
Dato’ Wan Mohammad Dato’ Syeikh Abd Aziz (Timb YDP PUM)
Maklumbalas Hubungi:
013-6714932 (Khairul)
013-3840710 (Azmi)
Faks: 03-55114302
ATURCARA
4.30 petang : Solat Asar Berjemaah
5.00 petang : Kuliah Talaqi Pengajian Kitab
Bersama Tuan Guru Syeikh Nuruddin Al-Marbawi Al-Banjari Al-Makki
6.00 petang : Majlis Hiwar Bersama Ulama’
Ahli Panel:
- Dato‘ Syeikh Abd Halim Abd Kader (YDP PUM)
- Dato’ Wan Mohammad Dato’ Syeikh Abd Aziz (Timb YDP PUM)
- Tuan Guru Syeikh Nuruddin Al-Marbawi Al-Banjari Al-Makki
7.23 malam : Majlis Iftar
: Solat Maghrib
: Makan Malam
: Bersurai







