HALAMAN BLOG RASMI
PERSATUAN ULAMA MALAYSIA

MAKLUMAN PENTING

Layari laman baru PUM di http://www.pum.org.my/. Kami menghargai komentar dan cadangan anda untuk penampilan yang lebih baik bagi laman web ini. KLIK

Home , › KONVENSYEN KEWANGAN ISLAM 2011

KONVENSYEN KEWANGAN ISLAM 2011



KONVENSYEN KEWANGAN ISLAM 2011
07 MEI 2011 (SABTU)
DEWAN SEMINAR, MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM (MASJID NEGERI SELANGOR)

PENGENALAN

Riba merupakan elemen teras yang telah diharamkan oleh Allah SWT. Dasar ini telah dijelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 278 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman”

Negara Malaysia bolehlah dikira sebagai antara pelopor penting dalam perkembangan industri kewangan Islam. Penubuhan institusi kewangan Islam dalam konteks Malaysia adalah langkah penting dan praktikal bagi membebaskan umat Islam daripada cengkaman riba. Sejak penubuhan perbankan berteraskan syariah yang pertama pada era 80-an iaitu Bank Islam Malaysia Berhad, sehingga kini telah terdapat lebih 17 buah perbankan Islam yang telah diberikan lesen operasi oleh pihak Bank Negara Malaysia.

Pun begitu, sehingga ke hari ini, masih terdapat pihak-pihak yang belum memahami sepenuhnya hakikat riba dan aplikasinya dalam sistem kewangan moden hari ini. Ditambah pula dengan tohmahan-tohmahan oleh pihak-pihak tertentu yang telah menyatakan bahawa perbankan Islam pada hari juga adalah bersekongkol dengan sistem riba moden.

Perkara seumpama ini telah menambahkan lagi kekusutan yang ada selain dapat merencatkan perkembangan serta kepesatan perbankan dan kewangan Islam. Perkara ini secara langsung telah memberikan kesan terhadap tahap pematuhan serta penerimaan umat Islam terutamanya kepada produk-produk kewangan Islami.

Selaras dengan perkembangan ini, Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Selangor [PUMSEL] terus mengatur langkah menyediakan platform perbincangan ilmiah bagi merungkai persoalan-persoalan kewangan yang melibatkan hukum Syarak. PUMSEL berpandangan isu-isu yang berbangkit ini perlulah dibincangkan secara ilmiah dan telus dalam mengemukakan solusi kepada permasalahan berbangkit.

OBJEKTIF

Antara objektif utama penganjuran program ini ialah;
1.      Menjelaskan isu-isu semasa kewangan yang melibatkan persoalan dan kemusykilan berkaitan isu riba berteraskan perspektif Islam.
2.      Memberikan kefahaman yang jelas terhadap semua pihak terhadap takrifan riba seperti yang telah dijelaskan oleh Al-Quran, As-Sunnah dan pendapat ulama’ muktabar.
3.      Menjadi medan kepada para agamawan, pemain industri dan semua pihak untuk menyatakan pendapat untuk mencapai kesepakatan secara bersama.

PENYERTAAN

Seminar menjemput penyertaan dari para ulama’, intelektual, pegawai-pegawai kewangan, penyelidikan dan badan-badan NGO, agensi-agensi kerajaan dan swasta, wakil institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta, wakil-wakil masjid serta orang perseorangan.

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA

08.00 pg       Pendaftaran Peserta
09.00 pg       UCAPUTAMA DAN PERASMIAN

09.30     pg     SESI 1
Riba: Takrif dan Konsepnya Menerusi Al- Quran dan As- Sunnah
Oleh: Prof. Madya Dr. Abdul Aziz bin Haji Hanafi, Dekan Kuliyyah Syariah, Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah
Aplikasi Riba Dalam Sistem Kewangan Semasa: Pendirian Syariah Terhadap Penggunaan Wang Kertas
Oleh: Ustaz Mohd. Nazri bin Chik, Ketua Jabatan Shariah, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)

10.30     pg     Minum pagi
.
11.00 pg       SESI 2
Riba Dalam Perbankan Islam: Antara Persepsi dan Realiti
Oleh: Prof. Madya Dr. Mohamad Akram bin Laldin, Ketua Pegawai Eksekutif, International Shariah Research Academy For Islamic Finance (ISRA), Bank Negara Malaysia

Sistem dan Operasi Perbankan Islam Semasa: Tinjauan dan Ulasan
Oleh: Dr. Abdul Rashid bin Dail, mantan Prof. Madya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

            Aplikasi Syariah Dalam Produk Kewangan
Oleh: Ustaz Mohd. Zamerey bin Abdul Razak, Setiausaha Majlis Penasihat Syariah, Asian Finance Bank

12.30     tgh    Rehat/ Makan Tengahari/ Solat Zuhur

02.30 ptg      SESI 3
Isu- Isu Semasa Riba dalam Jual Beli Emas dan Perak
Oleh: Ustaz Mohamad Fairooz bin Abdul Khair, Penyelidik Bersekutu, International Shariah Research Academy For Islamic Finance (ISRA), Bank Negara Malaysia

Pengharaman Riba Serta Kaitannya Dengan Konsep Tasawwuf
Oleh: Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan

05.00 ptg      Penutup dan  Bersurai

MAKLUMAT DAN PENDAFTARAN

Konvensyen ini akan dilangsungkan bermula pendaftaran dari jam 8.00 pagi dan berakhir 5.00 petang.

Yuran Penyertaan (Seorang) :
Agensi Kerajaan, Swasta, NGO           = RM 150
Individu/ Perseorangan                         = RM 100
Ahli PUM                                                      = RM   70
Pelajar Ijazah Pertama/ Menengah   = RM   50

Pendaftaran Penyertaan :
Untuk penyertaan seminar, sila buat pendaftaran sebelum atau pada 05 Mei 2011 dengan menghubungi:

Sdra. Azmi               : 013-384 0710
En Nizam                  : 012-291 1335
Pejabat                    : 03-5512 4300 / 03-5511 4301
Faks                           : 03-5511 4302
Email                         : pumselangor@yahoo.com
Website                    : http://www.pumselangor.org




 

Tags: ,

8 comments to "KONVENSYEN KEWANGAN ISLAM 2011"

  1. Pejuang dinar emas says:

    "Ditambah pula dengan tohmahan-tohmahan oleh pihak-pihak tertentu yang telah menyatakan bahawa perbankan Islam pada hari juga adalah bersekongkol dengan sistem riba moden."

    "Selaras dengan perkembangan ini, Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Selangor [PUMSEL] terus mengatur langkah menyediakan platform perbincangan ilmiah bagi merungkai persoalan-persoalan kewangan yang melibatkan hukum Syarak. PUMSEL berpandangan isu-isu yang berbangkit ini perlulah dibincangkan secara ilmiah dan telus dalam mengemukakan solusi kepada permasalahan berbangkit."

    Jika nak sediakan 'platform perbincangan ilmiah'dan nak bincangkan secara 'telus', kena jemput dan sekalipun pentas 'pihak-pihak tertentu' yang menohmah bahawa 'perbankan Islam pada hari juga adalah bersekongkol dengan sistem riba moden'.

    Sekurang2nya jemput umar ibrahim vadillo dan geng2 Kelantan Golden trade Sdn Bhd yg merupakan sebahagian drp 'pihak-pihak tertentu' tersebut supaya dapat kita dgr dan bandingkan hujah-hujah mereka pula. Barulah jujur dan 'telus'.

  2. pakar dinar emas says:

    jemputla datang... seminar terbuka tu

  3. Hamba ALLAH says:

    Assalamualaikum.

    Alangkah indahnya Firman ALLAH dlm Al-Quran, Al-Kahfi, 18:31;
    " Mereka itu, disediakan baginya Syurga yg kekal, yg mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka dihiaskan di dalamnya dgn gelang-gelang EMAS dan memakai pakaian hijau dan sutera yg nipis dan sutera tebal yg bersulam, mereka berehat di dalamnya dgn berbaring di atas pelamin-pelamin (yg berhias). Demikian itulah balasan yg sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yg semolek-moleknya."

    Wang itu bertempat dalam bahan ciptaan ALLAH dgn nilainya ditentukan sendiri oleh ALLAH S.W.T. yg merupakan Pencipta segala kekayaan.

    Abi Sa'id al-Khudri meriwayatkan Rasulullah s.a.w. sebagai bersabda:
    "Emas dengan emas, perak dgn perak, gandum dgn gandum, barli dgn barli, tamar dgn tamar dan garam dgn garam. (Apabila berjual-beli) barang yg sejenis dan pembayaran dibuat ketika itu juga, maka jika ada yg memberi atau meminta lebih dari itu dianya telah pun terlibat dgn riba, pemberi dan penerima sama-sama melakukan kesalahan."
    (Sahih, Muslim)

  4. Anonymous says:

    Salam...sokong pejuang dinar emas,,,patut umar ibrahim avndillo, sheikh imran hosein...baru lah seimbang...dengar pendapat kedua-dua pihak...

  5. belia benci bank says:

    ni semua yg dijemput kerja dengan bank, makan gaji dengan bank...

  6. Riba dlm Perbankan Islam says:

    Kenapa tidak menjemput Sheikh Imran Hosein? Pendapat beliau ttg Riba semuanya berasaskan rujukan dari al-Quran dan Hadis, dan tiada ulama mahupun ilmuwan Islam sedunia masakini yg mampu memberi penjelasan yg masuk akal yg boleh meyakinkan mykt Islam bhw tiada langsung unsur2 Riba dlm perbankan Islam masakini. Kalau ada masalah bahasa, minta saja bantuan dari Institut Terjemahan Negara Malaysia.

    Kenapa juga tidak menjemput pakar kewangan konvensyenal tempatan (atau yg dari luar negeri) yg blh mengenalpasti produk2 mana dlm perbankan Islam masakini yg terang2 & yg tersembunyi mengandungi unsur2 Riba? Kena ikhlas mencari kebenaran, kena gunakan pelbagai strategi agar ilmu dapat dikongsi bersama ..... dan kepakaran mengenai ilmu ttg Riba adalah ditangan mrk yg bukan Islam. Tidak salah menjemput mrk ini berkongsi ilmu ttg 'practice' Riba mrk dlm perbankan konvensyenal agar kita faham modus operandi mrk dlm hal2 riba ini.

    Fahamilah konsep2 perbankan konvensyenal supaya mudah kita memahami konsep2 perbankan konvensyenal yg mana satu yg selama ini digunapakai oleh perbankan Islam. Riba itu nyata dan terang, hanya mrk yg MAHU meneruskan aktiviti ber-Riba yg akan terus berusaha menyembunyikan unsur2 Riba dlm perbankan Islam ... kesemuanya semata2 agar keuntungan sentiasa dapat direalisasikan pihak bank tanpa risiko kpd mrk.

  7. ustaz, tolong jwb tuduhan ni :

    "sbb panel syariah ni sibuk nk islam kan kaedah dan tatacara konvensional, supaya jd islamic, menyebabkan ustaz2 panel2 syariah ni, terlepas pandang aspek2 penindasan/kezaliman yg masih kekal dlm sistem konvensional, menyebabkan sistem yg dh jadi islamic tu masih lg menindas dan zalim .."

  8. salam..

    ada sesi soal jawab ke tak?.. nmpak jadual ketat tu .. kalau takleh nk soal, sia2 saje pegi ..

Leave a comment