HALAMAN BLOG RASMI
PERSATUAN ULAMA MALAYSIA

MAKLUMAN PENTING

Layari laman baru PUM di http://www.pum.org.my/. Kami menghargai komentar dan cadangan anda untuk penampilan yang lebih baik bagi laman web ini. KLIK

Home , › PUM MENGUTUK KAEDAH PENGURUSAN JENAZAH ALA AMERIKA

PUM MENGUTUK KAEDAH PENGURUSAN JENAZAH ALA AMERIKA


KENYATAAN MEDIA
04 MEI 2011

PUM MENGUTUK KAEDAH PENGURUSAN JENAZAH
ALA AMERIKA

PUM melihat bahawa kaedah pengurusan jenazah yang dibuat oleh Amerika Syarikat keatas jenazah Osama bin Laden adalah sesuatu yang memalukan dan bercanggah dengan prinsip menghormati agama. Mengurus jenazah tersebut dan mencampakkannya kedalam Laut Arab merupakan tindakan tidak berperikemanusiaan yang ditunjukkan oleh mereka.

Apalagi yang mereka mahu setelah umat Islam diperlakukan mengikut citarasa mereka? Mereka menyerang Libya dengan menggunakan NATO walaupun Gaddafi telah bersetuju untuk berunding. Tiada langsung sifat kemanusiaan yang ditunjukkan oleh mereka keatas perlakuan jijik sebegini.

Walaupun beliau dikelaskan sebagai pengganas dan merupakan orang yang paling dikehendaki oleh FBI, namun jenazah beliau masih perlu dihormati dan diuruskan pengkebumian dengansempurna. Bukan dengan cara mencampakkan kedalam laut tersebut.

Kami berpandangan sepertimana Al-Azhar dan umat-umat Islam yang prihatin di seluruh dunia di dalam hal ini.

Cara pengurusan jenazah ala Amerika ini dikhuatiriakan menambahkan kemarahan umat Islam dengan tindakan yang sengaja membuat provokasi tidak sihat.

Kita bersetuju menentang sebarang bentuk keganasan dan keganasan tiada tempat di dalam Islam. Namun kaedah menanganinya janganlah menampakkan bahawa seakan sudah ada satu keputusan pihak barat untuk menghukum Islam dan menjadikan umat Islam sebagai mangsa.






Kematian Osama tidak bermakna keganasan akan hilang atau dunia akan jadi aman secara tiba-tiba.

Apa yang penting ialah usaha untuk menghapuskan terlebih dahulu ajaran atau fahaman ekstrem yang dikuasai sesetengah kumpulan, samada kumpulan-kumpulan bukan Islam atau sesama Islam.

Masyarakat perlu dididik untuk menerima kepelbagaian sebagai salah satu keunikan yang Allah SWT jadikan. Kepelbagaian tersebut bukan untuk digunakan bagi menindas orang lain.

PUM berharap Amerika Syarikat perlu berhati-hati dan melakukan hubungan baik dengan masyarakat Islam. Jangan cemarkan hubungan antara agama dengan perkara-perkara yang tidak perlu dan boleh mengundang kepada situasi tidak aman pula.

Sekian, wassalam.

Yang benar,




DATO’ SYEIKH HJ. ABDUL HALIM BIN ABD KADIR
Yang Dipertua

Tags: ,

0 comments to "PUM MENGUTUK KAEDAH PENGURUSAN JENAZAH ALA AMERIKA"

Leave a comment