HALAMAN BLOG RASMI
PERSATUAN ULAMA MALAYSIA

MAKLUMAN PENTING

Layari laman baru PUM di http://www.pum.org.my/. Kami menghargai komentar dan cadangan anda untuk penampilan yang lebih baik bagi laman web ini. KLIK

Home , › PUM, ABIM DAN ISMA TUBUHKAN SPKGB

PUM, ABIM DAN ISMA TUBUHKAN SPKGB


Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) telah menubuhkan Sekretariat Persefahaman dan Kerjasama Gerakan Dakwah (SPKGD). Perlancaran ini dirasmikan oleh Presiden dan Setiausaha ABIM, Dr Muhamad Razak Idris Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman (Presiden ISMA), Prof. Madya Dr. Abdul Karim bin Ali (Naib Yang Dipertua I PUM).

Detik-detik yang penuh bersejarah di Kolej Dar Al Hikmah ini disaksikan oleh lebih 200 aktivis ISMA, ABIM dan PUM.Dalam ucapan pengenalan SPKGD oleh Tn. Hj. Aminuddin, beliau menjelaskan bahawa sekretariat ini ditubuhkan atas kesedaran bahawa usaha pengislahan masyarakat Islam tidak mungkin dapat dilaksanakan oleh hanya sesebuah organisasi, sebaliknya memerlukan usahasama yang berterusan daripada gerakan-gerakan dakwah yang wujud. Majlis ini turut diserikan dengan acara forum bertajuk ‘Ke Arah Persefahaman dan Kerjasama Gerakan Islam: Realiti & Harapan’ yang membariskan Dr Muhammad Razak, Ustaz Abdullah Zaik dan Dr Mohd Roslan Md Nor (Setiausaha Agung PUM).

Tags: ,

0 comments to "PUM, ABIM DAN ISMA TUBUHKAN SPKGB"

Leave a comment