HALAMAN BLOG RASMI
PERSATUAN ULAMA MALAYSIA

MAKLUMAN PENTING

Layari laman baru PUM di http://www.pum.org.my/. Kami menghargai komentar dan cadangan anda untuk penampilan yang lebih baik bagi laman web ini. KLIK

Home › ›



PENGENALAN

Generasi Y atau ‘generasi Millenium’ ialah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada kelompok generasi manusia yang lahir sekitar tahun 1977 hingga 1997. Namun ada juga yang berbeza dalam menentukan tarikh bagi kelompok ini.Contohnya, terdapat beberapa tokoh seperti William Strauss dan Neil Howe’s yang memulakan tarikh permulaan bagi generasi ini pada 1982 hingga penghujung tahun ’90-an.

Walaupun berbeza dari sudut penentuan tahun, namun kelompok generasi Y (berumur antara 11 hingga 31 tahun) ini sebenarnya berkongsi ciri-ciri ketara yang sama berdasarkan kepada keadaan zaman ketika kelahiran mereka seperti peristiwa-peristiwa penting yang berlaku, peranan pemimpin, pembangunan dan kecenderungan zaman ketika itu.

Jika diperhatikan dengan teliti, dalam tempoh masa terdekat ini,kelompok generasi Y bakal menerajui hala tuju masa hadapan bermula dengan institusi kecil keluarga, masyarakat setempat, negeri dan seterusnya ke peringkat negara. Namun, jika ditimbang antara tanggungjawab yang bakal dipikul dan situasi semasa yang melingkari kehidupan kita ketika ini, hanya menampakkan pertumbuhan generasi Y ke arah perkembangan positif yang masih terumbang-ambing.

Tidak cukup dengan statistik kebejatan sosial yang semakin membarah dalam kalangan generasi muda yang ketinggalan di dalam pelajaran atau masih di bangku sekolah, ia turut merebak kepada kelompok golongan terpelajar di institut pengajian tinggi. Perkara ini yang amat membimbangkan. Apakah sandaran harapan yang kita ada?

Sehubungan itu, Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Selangor dan Jawatankuasa Tetap Adat Melayu, Belia & Sukan, Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan Seminar Gen-Y yang memberi fokus kepada memahami psikologi dan biologi Generasi Y serta mencari solusi manhaj dakwah yang berkesan. Hasrat ini juga selaras dengan gagasan Kerajaan Negeri Selangor ke arah membina generasi belia Selangor yang berwibawa, beriman dan bertaqwa. Semoga Seminar ini menjadi wadah terbaik untuk para ilmuan, pendakwah, remaja bermuzakarah dan menghasilkan solusi terbaik bagi setiap isu yang dibentangkan.

OBJEKTIF

Antara objektif utama penganjuran program ini ialah;
1.       Memberi kefahaman dan pengetahuan kepada para pendakwah untuk mengenal sifat biologi, psikologi dan karektor generasi Y dan generasi Z bagi mendekatkan Daie dengan Mad’u.

2.       Mencari solusi dan methadologi dakwah yang berkesan untuk mendekati generasi Y dan generasi Z disamping membantu para Daie menyusun strategi dakwah kepada golongan ini.

3.       Mendedahkan tentang cabaran-cabaran dakwah dan peluang dakwah zaman millennium yang mempunyai pengaruh besar kepada generasi Y dan generasi Z.

4.       Menghimpunkan pendakwah-pendakwah tanah air untuk bertukar-tukar pendapat dan membina jaringan pintar sesama pendakwah.

PENYERTAAN

Seminar menjemput penyertaan dari para ulama’, intelektual, pegawai-pegawai kewangan, penyelidikan dan badan-badan NGO, agensi-agensi kerajaan dan swasta, wakil institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta, wakil-wakil masjid, belia-belia serta orang perseorangan.

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA

8.00 pagi           : Pendaftaran Peserta
9.00 pagi           : SESI 1
: Penjenamaan Generasi Manusia Menurut Perspektif Al-Quran Hadith
  Oleh : YBhg Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri
        (Pendakwah / ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan dan Terengganu)
            : Ekspresi Gen Y Terhadap Dakwah
  Oleh : YBhg. Ustaz Hj. Mohd Zamri Bin Zainal Abidin
        (Pendakwah / Mantan Perantara Radio IKIM fm)

10.30 pagi         : SESI 2
: Generasi Y dan Z dari Aspek Perkembangan Psikologi
  Oleh : YBhg Prof. Madya Dr. Mariani bin Md. Noor
        (Universiti Malaya / Juri Rancangan Solehah TV Al-Hijrah)
: Fenomena Media Baru : Sikap dan Sudut Pandang Gen Y
  Oleh : YBhg Profesor Madya Dr. Abu Hasan Hasbullah
        (Universiti Malaysia Kelantan / Penganalisa Politik)

12.00 tghari       : UCAPTAMA
: Gagasan Melonjak Harapan Belia Negara
  Oleh : YB Dr. Ahmad Yunus Hairi
              (Exco Adat Melayu, Belia & Sukan, Kerajaan Negeri Selangor)

1.00 petang       : Makan Tengahari & Solat Zuhur
2.00 petang       : SESI 4 Bicara : Santai Bersama Selebriti : Hijrah Gen Y
  Oleh  : YBhg. Puan Yatt Hamzah
                                    : YBhg. Cik Diana Amir
                                    : YBhg. Sdra Mel Wings

3.30 petang       : SESI 3 “Persepsi Gen Y terhadap Politik”
                          Oleh : YBhg. Profesor Dato’ Dr Mohamad Redzuan Othman
                          (Profesor, Universiti Malaya)

5.00 Petang       : Minum Petang & Bersurai

MAKLUMAT DAN PENDAFTARAN

Seminar ini adalah percuma dan dilangsungkan bermula pendaftaran dari jam 8.00 pagi dan berakhir 5.00 petang.

Pendaftaran Penyertaan :
Untuk penyertaan seminar, sila hadir terus atau buat pendaftaran sebelum atau pada 27 Disember 2012 dengan menghubungi:

Sdra. Azmi                    : 016-274 6550
En Nizam                      : 012-291 1335
Sdra Hakimi                  : 013-384 0710
Pejabat                         : 03-5512 4300 / 03-5511 4301
Faks                             : 03-5511 4302
Email                            : pumselangor@yahoo.com
Website                                    : http://www.pumselangor.org

Tags:

0 comments to " "

Leave a comment