PENGUMUMAN
TABUNG BENCANA KEMANUSIAAN PUM
Sejak kebelakangan ini, beberapa negara khususnya di rantau ini telah dilanda berbagai bencana alam yang membawa kemusnahan yang amat dahsyat. Bencana tsunami, gempa bumi, ribut taufan dan banjir telah meragut beribu-ribu nyawa dan mengakibatkan kemusnahan harta-benda yang dianggarkan berjumlah berbilion ringgit.
Atas dasar keprihatinan dan simpati terhadap mangsa-mangsa bencana ini, Persatuan Ulama’ Malaysia telah menubuhkan Tabung Bencana Kemanusiaan PUM bagi membolehkan rakyat Malaysia menyalurkan bantuan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh negara dan mangsa-mangsa bencana alam di mana-mana sahaja.
Persatuan Ulama’ Malaysia mengalu-alukan sumbangan kewangan dari rakyat Malaysia kepada Tabung Bencana ini pada bila-bila masa. Sumbangan tersebut boleh disalurkan kepada Tabung Bencana Kemanusiaan PUM melalui cek atas nama “Persatuan Ulama’ Malaysia” atau dimasukkan ke akaun Persatuan Ulama’ Malaysia, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) bernombor 12-047-01-000112-7 - Cawangan Seksyen 14, Petaling Jaya. Resit pengecualian cukai akan dikeluarkan kepada penderma dan penyumbang atas permintaan.
Badan-badan korporat serta syarikat-syarikat swasta dialu-alukan memberikan sokongan dan sumbangan dalam misi ini.
Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi:
Persatuan Ulama’ Malaysia
14B, Jalan Plumbum P7/P,
Pusat Komersial Seksyen 7,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-5512 4300 / 03-5511 4301
Faks : 03-5511 4302
atau
Dr. Mohd Roslan Mohd Nor 013-991 3048
Sdra Mohd Azmi Walang 013-384 0710
En. Baharom Kassim 019-379 9101
Pn Suraya Md Yatim 013-403 8507

0 comments to "TABUNG BENCANA KEMANUSIAAN PUM"