Showing posts with label utama. Show all posts
SETIAUSAHA PERSATUAN ULAMA' SEDUNIA MENGUNJUNGI PUM
26 November 2011 : Prof. Dr. Ali Mahyuddin Al-Qorahdaghi, Setiausaha Persatuan Ulama Sedunia dalam lawatannya ke Malaysia telah mengunjungi pejabat PUM. Beliau telah disambut oleh YDP PUM, Dato' Sheikh Abdul Halim Abd Kadir dan TYDP PUM, Dato' Wan Muhamad bin Abd Aziz serta beberapa exco PUM yang lain.
SIRI DAURAH PENGAJIAN KITAB & TAFAQUH FIDDIN BERSAMA TUAN GURU SYEIKH NURUDDIN AL-BANJARI
Siri Daurah Pengajian Kitab & Tafaquh Fiddin
MAJLIS ILMU
Bersama
TUAN GURU SYEIKH NURUDDIN AL-BANJARI
(Tokoh Ulama’ Nusantara)
Tarikh:
22-26 Ramadhan 1432 / 22-23 Ogos 2011 (5Hari)
Masa:
Selepas Solat Asar
(5.00 petang – 6.30 petang)
Tempat:
Masjid al-Muhsinin, Taman Danau Desa,
Off Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur
Pengisian:
Diskusi Kitab Karangan Tuan Guru Syeikh Nuruddin
Anjuran:
Persatuan Ulama’ Malaysia
Cawangan Wilayah Persekutuan
Dengan Kerjasama:
Masjid Al-Muhsinin &
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
013-6714932 / 013-4159597 (Fadhli)
NADWAH HARAKAH ISLAMIYYAH
NADWAH HARAKAH ISLAMIYYAH
Ke Arah Persefahaman dan Kerjasama Gerakan Islam: Realiti dan Harapan
Panelis:
Dr. Muhamad Razak Idris (ABIM)
Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman (ISMA)
Dr. Mohd Roslan Mohd Nor (PUM)
Tarikh : 14 Jun 2011 (Selasa)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Dewan Besar, Kolej Dar al-Hikmah, Sg Ramal Dalam, Kajang
Semua dijemput hadir
PUM TERIMA SUMBANGAN KHAS DARIPADA JAKIM
YB Menteri bergambar dengan penerima-penerima sumbangan
Sebanyak 26 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam menerima sumbangan khas bernilai RM 1 Juta dan masing masing-masing menerima antara RM 56,000 hingga RM 25, 000. Peruntukan RM1 juta untuk NGO Islam ini telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sewaktu merasmikan Majlis Ulama' bersama Umara' pada 5 Februari 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Majlis penyampaian sumbangan khas kepada NGO Islam telah berlansung pada 18 Mei 2011 di Dewan Syura, JAKIM yang disempurnakan oleh YB Mejar Jenaral Dato' Seri Jamil Khir Bin Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim, Ketua Pengarah Jakim, Tuan Haji Othman Mustapha, Ahli-Ahli Post-Kabinet, Pengarah-Pengarah Bahagian dan wakil-wakil NGO Islam.
Yang DiPertua Persatuan Ulama Malaysia, Dato' Sheikh Haji Abdul Halim Abdul Kadir hadir mewakil PUM menerima sumbangan ini.
YB Mejar Jenaral Dato' Seri Jamil Khir Bin Baharom (B) dalam ucapannya menyatakan sumbangan tersebut bertujuan mengeratkan hubungan antara kerajaan dengan NGO Islam sebagai tanda sokongan untuk mereka dalam melaksanakan agenda ummah dalam bidang ekonomi, sosial dan dakwah Islamiah.
Katanya, “peruntukan itu dibahagikan berdasarkan aktiviti, jumlah ahli dan program yang dilaksanakan dan bantuan itu diharap dapat dilaksanakan secara berterusan pada masa akan datang”.
Menurut Tuan Haji Othman Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM, “sumbangan itu diberikan bagi membantu NGO berkenaan dalam memperluaskan aktiviti dan program keagamaan mereka dalam bidang khusus masing-masing, selain untuk merapatkan hubungan erat antara kerajaan dan kumpulan berkenaan”, katanya ketika menyampaikan ucapan aluan dalam majlis tersebut.
Antara yang menerima sumbangan terbabit ialah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-Institusi Pengajian Islam Malaysia (HALUAN), Dewan Pemuda Masjid Malaysia, Pertubuhan Cina Islam Sabah (PCIS), Perhimpunan Belia Islam Sedunia (WAMY), Persatuan Pengasih Malaysia, Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Persatuan Orang Pekak Malaysia, Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia, Pertubuhan Jemaah Islamiah Malaysia (JIM) dan Angkatan Belia Malaysia (ABIM).
WACANA 'MEMBINA NEGARA SEJAHTERA'
Tema ini dipilih secara khusus untuk menyuntik semangat kepada masyarakat, tentang aspirasi dan impian untuk menuju negara Islam. Ia bukan sesuatu perkara yang mustahil, malah mampu direalisasikan asalkan semua yang berkesedaran bersama-sama berusaha ke arahnya, tanpa mengira sempadan mazhab, fikrah perjuangan, kedudukan dan strata jawatan, dan sebagainya. Justeru, wacana ini adalah salah satu usaha kita semua untuk ‘Menuju Negara Islam!’
WACANA 'MEMBINA NEGARA SEJAHTERA'.
Tarikh : 22 Mei 2011 (Ahad)
Masa: 8.00 pagi - 4.00 ptg
Tempat: Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
Antara pembentang kertas kerja adalah:
Antara pembentang kertas kerja adalah:
Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin
(Mantan Mufti Perlis)
Datuk Haji Nakhaie Ahmad
Datuk Haji Nakhaie Ahmad
(Mantan YDP YADIM)
Prof Dr Abdul Aziz Bari
Prof Dr Abdul Aziz Bari
(Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang Ahmad Ibrahim, UIAM)
Professor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar
Professor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar
(International Institute of Advanced Islamic Studies–Malaysia-IAIS)
Dr Dzulkefley Ahmad
Dr Dzulkefley Ahmad
(Ahli Parlimen Kuala Selangor)
Tuan Haji Zamri Hashim
Tuan Haji Zamri Hashim
(Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Perak)
Ustaz Abdul Hakim Othman
Ustaz Abdul Hakim Othman
(Hizbur Tahrir Malaysia)
Dr Mohd Rumaizuddin Ghazali
Dr Mohd Rumaizuddin Ghazali
(Angkatan Belia Islam Malaysia)
Dr Zaharuddin Abd Rahman
Dr Zaharuddin Abd Rahman
(Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)
Yuran Penyertaan:
Umum : RM30.00
Ahli PUM : RM20.00
Pelajar : RM15.00
Anjuran:
Sekretariat Syubban Persatuan Ulama Malaysia (PUM)
Hubungi :
Sekretariat Wacana ‘MEMBINA NEGARA SEJAHTERA’
شبان جمعیة علماء مالیزیا
SYUBBAN PERSATUAN ULAMA’ MALAYSIA
14B, Jalan Plumbum P7/P,
Pusat Komersial Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor
Tel: 03-5512 4300 / 03-5511 4301
Faks: 03-5511 4302
Email : syubbanpum@gmail.com
Website : http://ulamadaily.blogspot.com/
Hubungi:
Cik Aini : 013-2221325
En. Dzulkhairi : 013-2968703
Sebarang sumbangan kewangan untuk melancarkan program amat diharapkan.
CIMB – 03030064153520 (Dzulkhairi) @
MAYBANK – 166 0101 80373 (Noraini)
SYARAHAN PERDANA SHEIKH PROFESSOR DR. WAHBAH AL ZUHAILY
SYARAHAN PERDANA
SHEIKH PROFESSOR DR. WAHBAH AL ZUHAILY
Tajuk : Sumpah dan Qazaf
Tarikh : 14 Mei 2011 (Sabtu)
Masa : 2.30 ptg – 04.30 ptg
Tempat : Dewan Solat, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor
SEMUA DI JEMPUT HADIR!!!
Anjuran:
Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM)
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS)
PERPADUAN HAMAS DAN FATAH MENYENTAK ISRAEL
PERPADUAN HAMAS DAN FATAH MENYENTAK ISRAEL
PUM ingin mengucapkan syabas kepada pihak Hamas dan Fatah yang telah bersetuju untuk membentuk penggabungan di antara dua kumpulan besar Palestin tersebut. Mahmoud Abbas dan Khaled Meshaal sudah menandatangai perjanjian damai dan kerjasama tersebut.
Ia menandakan satu kejayaan ummah untuk membentuk kesatuan dalam berdepan dengan pihak rejim zionis.
Berita kerjasama ini sudah semestinya membuatkan Israel tersentak dan pening kepala.
Ramai penganalisis Asia Barat juga seakan tidak percaya dan tidak boleh memikirkan bagaimana kedua-dua kumpulan ini boleh bersatu. Malah ada di antara mereka yang dari awal lagi menjangka ia tidak akan berlaku.
Kerjasama tersebut pasti tidak disukai rejim zionis. Mereka sudah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak menghormati prinsip kebebasan rakyat Palestin untuk menentukan corak politik mereka. Israel menyatakan tidak mahu bekerjasama dengan kumpulan yang baru bergabung ini.
Israel memainkan lagu lama tanpa irama, iaitu mengelaskan Hamas sebagai pengganas...dan barangsiapa yang bekerjasama dengan Hamas, maka ia akan dianggap menyokong pengganas...maka ia mesti ditentang.
Ternyata apa yang berlaku membuktikan bahawa rakyat Palestin semakin tidak gentar dengan rejim zionis. Mereka sanggup berdepan mempertahankan hak mereka.
Dunia luar juga sudah mula membuka mata, walaupun masih banyak yang prejudis terhadap rakyat Palestin, terutama kuasa-kuasa barat.
Pastinya perkembangan Hamas dan Fatah ini akan membuka lembaran baru perjuangan rakyat Palestin yang sudah boleh menumpukan kepada penubuhan sebuah negara Palestin berdaulat. Mereka akan terus berjuang sehingga pihak antarabangsa mengiktiraf kedaulatan mereka.
Syabas buat rakyat Palestin..
Salam hormat,
Dr Mohd Roslan Mohd Nor
Setiausaha Agung




