HALAMAN BLOG RASMI
PERSATUAN ULAMA MALAYSIA

MAKLUMAN PENTING

Layari laman baru PUM di http://www.pum.org.my/. Kami menghargai komentar dan cadangan anda untuk penampilan yang lebih baik bagi laman web ini. KLIK

Home , , › PROGRAM WAKAF ILMIAH

PROGRAM WAKAF ILMIAH

PENDAHULUAN

Dalam usaha untuk menyebarkan ilmu-ilmu Islam dan bagi memberi peluang umat Islam di semua peringkat untuk berwakaf dan beramal jariah, Persatuan Ulama’ Malaysia kini menyediakan Program Wakaf Bahan Ilmiah.

MATLAMAT

  • Memberi peluang beramal dengan niat kerana Allah.
  • Menyediakan peluang berwakaf dan beramal jariah bagi semua lapisan umat Islam dalam bentuk buku (ilmu), kepada institusi-institusi masjid, sekolah dan pusat-pusat rujukan awam.
  • Sebagai langkah persatuan ke arah memandu masyarakat Islam sama-sama mengembang dan menyebarkan ilmu Islam yang lebih luas skop dan bentuknya.
  • Membekalkan kitab-kitab dan bahan bacaan bagi madrasah dan maahad tahfiz.

CARA WAKAF

1. Menyumbangkan bahan ilmiah / buku agama untuk di wakafkan.
2. Menyumbangkan kewangan untuk menaja wakaf buku ilmiah.

1. Menyumbangkan bahan ilmiah atau buku agama untuk di wakafkan.

Menyerahkan bahan tersebut ke pejabat kami dia alamat seperti dibawah (penyerahan tangan atau melalui pos)

  • Buku-buku agama
  • Kitab-kitab lama
  • Jurnal-jurnal Agama
  • Risalah Agama

Bahan ilmiah ini akan diagihkan ke madrasah dan pusat tahfiz yang terpilih.

2. Menyumbangkan kewangan untuk menaja wakaf buku ilmiah

Bahan ilmiah yang diwakafkan terdiri dari naskah

  • Naskah al-Quran -RM20.00
  • Naskah Hadis 40 -RM 8.00
  • Naskah Komik Mencari Kebenaran -RM 8.00
  • Wirid dan Doa Harian -RM 8.00
  • Surah Yassin -RM 5.00

Wakaf seberapa mampu dan setiap naskah berharga seperti di atas dan terpulang berapa naskah yang hendak di wakafkan. Elok diwakafkan dan pahalanya disedekahkan kepada yang telah pergi.

Wakaf ini pahalanya di tujukan kepada seseiapa yang dikehendaki dengan niat.

Naskah wakaf ini akan diagihkan ke madrasah, pusat tahfiz, masjid atau institusi yang memerlukan.


CARA PENGENDALIAN

  • Menghubungi kami ditalian 03-7955 4300 / 016-274 6550 / 019-384 2920
  • Pembeyaran adalah dalam bentuk tunai atau masukkan ke akaun BIMB 12047020126999. Bayaran melalui cek adalah atas nama PERSATUAN ULAMA’ MALAYSIA.

Pihak persatuan juga menerima sekiranya ada individu yang ingin mewakaf harta selain yang tersebut di atas seperti wakaf tanah, rumah, ruang pejabat dan lain-lain.


Keterangan lanjut, hubungi :

PERSATUAN ULAMA' MALAYSIA
8-4 The Right Angle,
Jalan 14/22, Seksyen 14,
46100 petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan

Tel/Faks : 03-7955 4300
Contact Person : Sdra. Azmi (016-274 6550 / 019-384 2920)

Beramallah dikala mampu, mencari pahala sebelum ajal. Moga redha Allah menjadi pelindung Kamu.

Tags: , ,

0 comments to "PROGRAM WAKAF ILMIAH"

Leave a comment