HALAMAN BLOG RASMI
PERSATUAN ULAMA MALAYSIA

MAKLUMAN PENTING

Layari laman baru PUM di http://www.pum.org.my/. Kami menghargai komentar dan cadangan anda untuk penampilan yang lebih baik bagi laman web ini. KLIK

Home , › SEMINAR KRISIS MURTAD

SEMINAR KRISIS MURTAD

SEMINAR KRISIS MURTAD

MUKADIMMAH

Akhir-akhir ini kes-kes murtad dilaporkan semakin menjadi-jadi. Ada dakwaan yang menyatakan bahawa sehingga 1999 ada sebanyak 5,000 deed pool, afidavit, notis dan iklan yang mengishtiharkan niat mahu meninggalkan agama Islam. Rasa prihatin umat Islam juga dapat dilihat dengan penganjuran diskusi murtad dan demonstrasi yang meledak dengan tiba-tiba bila seorang gadis melayu di Kuala Lumpur dikatakan telah dimurtadkan oleh lelaki Katolok pada 1998. Selain itu Mahkamah Syariah hari ini telah diberi bidangkuasa khas melalui Enakmen Pentadbiran Undnag-Undang Islam Negeri masing-masing untuk memutuskan pengishtiharan sama ada seseorang itu Islam atau sebaliknya. Malangnya masih tiada apa-apa kesalahan jenayah syariah yang berkaitan kejadian murtad. Oleh itu Seminar Krisis Murtad dianjurkan untuk memahamkan situasi sebenar jenayah murtad dewasa ini dan hubungkaitnya dengan hukum syarak dan perundangan semasa. Mudah-mudahan dengan kefahaman ini semua pihak agar bangun berusaha mempastikan tiada lagi gejala perosak aqidah di kalangan Umat Islam di Malaysia tercinta ini.

PROGRAM

Program : Seminar Krisis Murtad
Tarikh : 30 Mei 2009 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi – 5.00 ptg
Tempat : Dewan Seminar, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
Shah Alam, Selangor

ANJURAN
Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Selangor &
Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah. Shah Alam


PEMBENTANG :

Asas-asas Ajaran Budhha sebagai Perbandingan Agama di Malaysia
Dr Ridhuan Tee Abdullah
Naib Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA)

Asas-Asas Ajaran Kristian Sebagai Perbandingan Agama di Malaysia
Hj. Muhammad Abdullah Nicholas Sylvester
Pengasas Hidayah Center JIM

Asas Ajaran Hindu Sebagai Perbandingan Agama di Malaysia
Ust Fitri Abdullah
Pengarah Unit Da’wah Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia

Peruntukan Undang-undang dan Kesan Perundangan Melibatkan Permohonan Pengisytiharan Keluar Agama
Tuan Mahamad Naser bin Desa
Timbalan Ketua Bahagian Penasihat (Syariah), Jabatan Peguam Negara

Implikasi dan Hak-hak Muallaf Mengikut Hukum Syara’
Tuan Hj Abdul Walid bin Abu Hasan
Ketua Unit Pembangunan Undang-undang Keluarga Islam dan Sistem Kehakiman Syariah, Jabatan Peguam Negara

Krisis Murtad dan Isu-isu Terkini
Dr Mohd Azam Adil
Pensyarah Undang-undang UiTM


BAYARAN PENYERTAAN:
Agensi Kerajaan dan swasta : RM50
Individu : RM10


UNTUK PENYERTAAN , HUBUNGI :

Sdra Khairunnizam : 012-291 1335
Sdra Mohd Azmi : 019-384 2920
Ust. Firdaus : 012-613 7541

Tempat adalah terhad...

Tags: ,

0 comments to "SEMINAR KRISIS MURTAD"

Leave a comment