HALAMAN BLOG RASMI
PERSATUAN ULAMA MALAYSIA

MAKLUMAN PENTING

Layari laman baru PUM di http://www.pum.org.my/. Kami menghargai komentar dan cadangan anda untuk penampilan yang lebih baik bagi laman web ini. KLIK

Home , › HAKIKAT ZIONIS

HAKIKAT ZIONIS

Sudah berpuluh-puluh tahun mereka dan penduduk Palestin lain merengkok di bawah penjajahan Zionis Yahudi. Mereka berhadapan dengan tindakan genocide, kekejaman Nazi bentuk baru yang dibantu oleh kuasa imperealis Amerika dan sekutu-sekutunya.

Penderitaan ini bermula dari episod arahan pemindahan bangsa Yahudi secara beramai-ramai untuk mengosongkan benua Eropah oleh Fuhrer atau Hitler. Mengapa Hitler begitu benci dengan Yahudi ini? Barangkali adalah kerana kejahatan dan kefasiqan mereka seperti yang disebut oleh Allah .Mereka di timpa kehinaan; di mana sahaja mereka berada…. Golongan Zionis, sepertimana yang disebutkan oleh Roger Garaudy, bersekongkol dengan Nazi. Mereka mengeksploit perancangan Jerman terhadap masalah Yahudi di Eropah untuk merealisasi cita-cita memiliki sebuah negara Yahudi di Palestin. Oleh itu, mereka sanggup membiarkan ratusan ribu orang Yahudi mati, demi untuk memindahkan segelintir golongan konglomerat yang mempunyai dana dan kemahiran untuk membina negara Israel di atas tanah orang-orang Arab Palestin.


Garaudy menegaskan lagi bahawa:
Tingkah laku Israel di Lebanon dan Palestin, dengan menciptakan pencampuran yang memuakkan telah merendahkan martabat Judaisme di mata dunia. Kerananya , perjuangan kami melawan Zionisme politik, tidak dapat dipisahkan dari perjuangan kami melawan antisemitisme.
Dari pihak saya , saya memaparkan kembali analisis yang berasal dari kajian dalam buku saya yang berjudul, Palestin, Tanah dengan Pesan-Pesan Ilahiah di depan pengadilan. Zionisme politik yang didirikan oleh Thedore Herzl (dikutuk oleh semua rabi di dunia sebagai pengkhianatan terhadap keimanan Yahudi) mengalir bukan dari keimanan Yahudi, tetapi dari nasionalisme dan kolonialisme abad XIX.

Zionis telah menukar tuhan orang Yahudi dengan negara Israel. Zionis adalah suatu perancangan yang bersifat racialis, politis dan bercorak penjajah. Fahaman ini telah memesongkan ajaran Yahudi yang sebenar. Ia mewarisi sifat-sifat Nazi yang kejam, bengis dan diktator. Kata Profesor (Yahudi) Shahak:

“Orang-orang Yahudi percaya dan mengatakan tiga kali sehari bahawa seorang Yahudi harus menyerahkan diri hanya kepada Tuhan sahaja, Kerana mencintai Yahwe, Tuhan kamu, dengan seluruh hatimu, dengan seluruh jiwamu dan seluruh kekuasaanmu’…. Minoritas yang kecil masih percaya kepada hal itu. Tetapi, menurut saya, majoriti bangsa Israel telah kehilangan Tuhan mereka, dan menggantikannya dengan sebuah berhala, persis seperti ketika mereka memuja anak sapi emas di padang pasir, di mana mereka mengorbankan semua emas mereka untuk membuat patung. Nama berhala modern mereka adalah negara Israel.

Khurafat atau mitos keagamaan yang dijadikan asas untuk membangun Israel, ternyata tidak boleh dijadikan alasan sama sekali. Ini diungkapkan oleh ramai para pengkaji sejarah yang objektif. Begitu juga kerja-kerja menggali asas bawah tanah masjid al-Aqsa, tidak pernah menghasilkan apa apa penemuan selain dari melemahkan tapak bangunan masjid itu sendiri. Usaha untuk menegakkan negara Israel atas runtuhan nilai kebenaran, keadilan dan perundangan antarabangsa jelas mencerminkan wajah hodoh imperealisme Yahudi baru yang mempamerkan kuasa dan senjata canggih bekalan kuasa besar dunia. Batasan geografi Israel sentiasa diperluas dari semasa ke semasa hingga akhirnya telah merangkum keseluruhan Bandar Baitulmaqdis yang ditawan dengan kekerasan pada tahun 1967.

Setelah kerajaan Israel ditubuhkan di atas sebahagian besar bumi Palestin pada tahun 1948, dari segi tugas untuk menjajah Palestin, Zionis Antarabangsa memasuki fasa baru yang berbeza daripada fasa yang sebelumnya. Penyusunan dan penempatan penduduk Yahudi dengan tujuan untuk mendirikan negara Zionis di Palestin tidak lagi menjadi matlamat asasi, bahkan matlamat asasi sekarang ialah mengukuhkan negara yang baru lahir, menghadapi segala permasalahan yang timbul dari tugas tersebut dan mengukuhkan kerajaan dengan berpuluh-puluh ribu orang Yahudi yang baru berpindah, di samping sentiasa mengawal dan mengawasi mereka.

Jelas, Zionis dengan berbagai aliran pemikiran dan kelompokiii yang menjadi pendokongnya merupakan gerakan politik Yahudi yang bersifat penjajahan; lahir di bawah naungan kuasa Eropah untuk mengatasi masalah minoriti Yahudi yang tidak dapat serasi dan menyesuaikan diri dengan kaadaan negara tempat mereka menumpang. Gerakan ini telah mempergunakan mitos dan dakwaan tentang bumi yang dijanjikan oleh tuhan kepada Yahudi, iaitu bumi Palestin. Oleh itu kononnya kepulangan dan pengambilan serta penjarahan tanah-tanah Arab di situ untuk dijadikan tanah dan kediaman Yahudi adalah suatu kewajiban.

Pendek kata dalam setiap perancangan terdapat tangan-tangan dan agen Yahudi di belakangnya. Menurut Associated Press:
“The British author of a key international document that paved the way for the foundation of Israel covered up his own Jewish ancestry, a historian says.”
“Leopold Amery, a British MP who drafted the Balfour Declaration, changed his middle name from Moritz to Maurice in an apparent effort to hide the fact his mother was a Jew; Prof. William Rubinstein of the University of Wales, Aberystwyth, writes in the current issue of History Today magazine.”iv

Gerakan ini laksana kepala octopus yang mempunyai banyak sumber sokogan dari belalai dan tangan-tangan yang tidak kelihatan. Ada di antara mereka bergerak dalam pemikiran dan falsafah membentuk aliran-aliran pemikiran yang sesat, baik dalam permasalahan budaya, seni, sastera dan lain-lain. Ada pula yang bergerak dalam lapangan ekonomi membentuk daerah dan kekuatan pengaruh yang mengarahkan masyarakat dunia kepada pemerasan kapitalis Yahudi. Ada pula yang bergerak dalam lapangan informasi dan komunikasi membentuk pemikiran umum dengan faham sekularisme melalui monopoli akhbar, majalah, media eletronik, internet dan lain-lain. Ada golongan yang menguasai berbagai pertubuhan kemasyarakatan, budaya dan golongan elit untuk mempengaruhi perjalanan pilihanraya di negara-negara Eropah yang maju terutama Amerika. Ada yang bergerak dalam sindiket menjual senjata dan mengikuti perkembangan dan pengedaran senjata di pasaran terang atau gelap dunia. Malah ada pula yang bergerak dalam arena budaya dengan mempopularkan trend permissiveness, lucah dan lacur.

Tags: ,

1 comments to "HAKIKAT ZIONIS"

  1. salam ziarah :)
    Mohon kebenaran utk saye copy entry ni utk di 'paste' di blog saye...
    Saye akan sertakan sekali pautan ke laman ini di blog saye :)

    Syukran jazilan,
    Se,oga allah memberkati dan meredhai usaha2 kalian,
    amiin

Leave a comment