07 JUN 2010
PEMBERIAN LESEN JUDI PERLU DITARIK BALIK
Judi diharamkan oleh Islam dan sebarang bentuk penglibatan dengan unsur judi dalam apa-apa aktiviti perlu dihentikan segera. Ini kerana harta yang diperolehi daripada sumber judi adalah haram tidak kira bagaimana bentuk perjudian tersebut. Antara sebab pengharaman judi adalah kerana terdapat unsur penindasan, penipuan, kebergantungan kepada nasib, mencetus permusuhan dan boleh menjejaskan ekonomi individu, masyarakat dan Negara.
“Mereka bertanya kepada kamu (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah olehmu, pada keduanya terdapat dosa yang besar dab beberapa manfaat bagi manusia. Dan dosa keduanya adalah lebih besar daripada menfaatnya”.
Surah al-Baqarah : 219
“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak dan judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semata-mata kotor dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu dengan sebab arak dan judi adan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan dari mengerjakan sembahyang. Oleh itu mahukah kamu berhenti daripda melakukan perkara keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil?”
Surah al-Maidah : 90-91
Sehubungan itu, PUM mendesak kerajaan agar menarik balik pemberian lesen judi. Judi bukan sahaja haram malah akan memberikan impak negatif kepada masyarakat dan juga negara. Judi juga satu tabiat yang tidak disukai oleh mana-mana agama kerana ia boleh mencetuskan suasana yang tidak sihat kepada keluarga, agama dan negara. Adalah menjadi tanggung jawab pemerintah menerapkan nilai-nilai moral yang baik kepada masyarakat dan menghindarkan gejala negatif dalam masyarakat. Kerajaan perlu peka akan masalah yang akan timbul akibat judi seperti masalah sosial, kemiskinan, dan juga kemaksiatan.
Kita khuatir judi akan menyebabkan lebih ramai manusia berhutang, menggalakkan budaya samseng, sehingga ada yang sanggup bergaduh disebabkan judi ini nanti. PUM merasakan bahawa masyarakat yang tidak sukakan judi mengimpikan sebuah negara yang aman damai, kehidupan yang tidak dipengaruhi hutang piutang serta mahukan masyarakat yang harmoni, hormat menghormati di antara agama membolehkan kita hidup dalam keadaan yang aman.
PUM sangat bimbang kerana judi tidak pernah mendatangkan sebarang kebaikan kepada masyarakat dan negara. Oleh yang demikian, PUM memohon supaya judi bola ini dikaji semula serta ditarik secepat mungkin kerana Bola Sepak Piala Dunia akan bermula tidak lama lagi.
Sekian.
DR. MOHD ROSLAN MOHD NOR
Setiausaha Agung
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, nampaknya pihak kerajaan tidak menghalalkan judi bola tersebut. Bagaimana pula judi yang berleluasa sekarang seperti judi nombor ekor? Apakah peranan badan ini dalam hal ini? Adakah ia dibiarkan berleluasa?
Pendapat saya, penguat kuasa agama tak mampu menghalang umat islam dari mengunjungi tempat tersebut. Terlalu banyak faktor seperti kekurangan kakitangan, beban kerja yg banyak dan sebagainya lagi.
Diharap pihat tuan mengadakan bantahan terhadap pusat2 judi yg ada di Malaysia. Mulakan dari bawah dahulu.
Saya risau dgn masalah umat islam di Malaysia. Harap dipertimbangkan.