HALAMAN BLOG RASMI
PERSATUAN ULAMA MALAYSIA

MAKLUMAN PENTING

Layari laman baru PUM di http://www.pum.org.my/. Kami menghargai komentar dan cadangan anda untuk penampilan yang lebih baik bagi laman web ini. KLIK

Home , , › AKTIVITI RAMADHAN PUM JOHOR

AKTIVITI RAMADHAN PUM JOHOR


JOHOR BAHRU: Program Imarah Ramadhan PUM Johor bermula pada 11 Ogos 2010 iaitu Majlis Tahlil dan Yassin serta Majlis Iftar Jamaie bersama Anak-anak Yatim serta Ibu Tunggal di Benafe Village Cafe, Jalan Dato Abdullah Tahir Johor Bahru. Majlis ini dihadiri seramai 33 orang dan ditaja sepenuhnya oleh Benafe Village Cafe.

PUM Johor meneruskan program imarah ramadhan dengan program Ziarah dan Solat Terawih bersama Warga Emas di Rumah Kebajikan Warga Emas Nur Ehsan Kempas.

Rumah ini menempatkan sekitar 26 orang warga emas yang kelihatan agak uzur namun cekal menghadapi kehidupan. Peserta rumah Nur Ehsan terdiri daripada kalangan pelatih yang telah pulih dari Hospital Mental Permai Tampoi, yang mana waris tidak memerlukan mereka maka ditempatkan di sini. Disamping terdapat penghuni rumah Nur Ehsan yang diserapkan oleh pihak JKM dan hospital kerajaan sekitar Johor di mana warga emas tersebut tidak mempunyai waris atau waris tidak menerima mereka. Jika mahu berkunjung ke sana hubungi MC  Pn Sopiah 07-2326415 yang mana rumah kebajikan ini terletak di belakang hospital pakar kempas.

Sabtu 13 Ogos 2010, pihak PUM Johor telah mengagihkan sumbangan beras dan biskut kepada warga emas di sana. Acara lain yang turut diadakan adalah solat jemaah Isyak dan terawih serta tazkirah oleh Pengerusi dan Setiausaha PUM Johor.

Pada 15 Ogos 2010, PUM Johor telah berbuka puasa bersama pelajar madrasah Khadimuddin Kg Seri Purnama Jalan Kangkar Tebrau. Madrasah ini menempatkan sekitar 28 orang pelajar tahfiz yang mana antara lain pengajian mereka di sana adalah hafazan al-Quran, Akhlak dan Ibadah. Madrasah ini terdiri dari pelajar anak-anak pelarian Rohighya, Myanmar dan juga terdapat pelajar dari Malaysia (setempat). Tenaga pengajar adalah terdiri dari pengajar Rohighya, Myanmar seramai 3 orang yang diketuai oleh Ustaz Rahmatullah  (07-3358670). Pihak PUM Johor sempat menyerahkan sumbangan beras dan biskut disamping dapat menunaikan solat Maghrib bersama. Tazkirah sebelum buka puasa disempurnakan oleh Pengerusi dan Setiausaha PUM Johor.

Tags: , ,

0 comments to "AKTIVITI RAMADHAN PUM JOHOR"

Leave a comment