KENYATAAN MEDIA
MAJLIS PERUNDINGAN ISLAM (MAPIM)
30 HB DISEMBER 2010
ISRAEL MENGGANAS LAGI – MAPIM DESAK MALAYSIA GESA OIC DAN PBB SEGERA HANTAR TENTERA MENGHALANG SERANGAN ISRAEL KE ATAS GAZA
MAPIM mengambil perhatian serius terhadap perkembangan mutakhir di Gaza. Dalam tempoh sepanjang minggu ini ketika suluruh dunia memperingati tahun ke 2 serangan ganas Israel ke atas penduduk Gaza , Israel sekali lagi menunjukkan keganasannya dengan melancarkan serangan ke atas kawasan selatan Gaza.
Minggu ini diperlihatkan antara tempoh yang paling tegang antara pejuang Palestin dengan tentera Israel. Berita terbaru yang dihantar langsung dari Gaza kepada MAPIM mendapati serangan dalam beberapa hari minggu ini telah mengakibat beberapa rakyat Gaza terbunuh dan beberapa rumah kediaman yang turut musnah.
Pada 26 hb Disember 2010 , MAPIM menerima maklumat pertempuran sengit antara pejuang Palestin dengan tentera rejim zionis meletus awal pagi tersebut di sekitar desa Khuza'ah yang terletak di garisan pemisah, timur Khan Yunus, selatan Semenanjung Gaza.
Perhubungan MAPIM dengan pihak Gaza melaporkan pejuang-pejuang Palestin melepaskan tembakan ke arah pasukan tentera rejim zionis yang cuba mara di kawasan berkenaan, lantas mencetuskan pertempuran sengit yang berlangsung selama beberapa jam.
Semasa pertempuran, beberapa buah rumah penduduk Gaza di belakang sekolah 'Syuhada Gaza' dibom malah tembakan sengit senjata berat zionis tidak putus-putus kedengaran.
Tentera zionis yang disokong dua buah helikopter 'Apache' menyerang rumah-rumah penduduk dengan tembakan senjata berat. Tambahan lagi, sebuah tanah lapang di lokasi tempur dan sekitarnya juga menjadi sasaran tembakan Apache zionis.
Laporan yang pihak MAPIM terima dari Gaza ialah beberapa pejuang dari kumpulan SARAYA AL QUDS telah maut . Kesemua mangsa telah dibawa ke Hosital Naseer dan ke Hospital Eropah Gaza.
Sumber tertentu yang menyampaikan kepada pemberita web berita safa.ps pada 26/12/2010 bahawa 3 pejuang SARAYA AL-QUDS (sayap tentera gerakan JIHAD ISLAMI) yang terlibat dalam pertempuran tidak dapat dihubungi.
Suasana lokasi diselubungi gelap pekat, krew bantuan ambulan juga tidak dapat menuju ke arah lokasi tempur berikutan kewujudan sejumlah besar tentera zionis yang akan menembak apa sahaja benda bergerak.
2 PEJUANG SYAHID
Pertempuran sengit awal pagi 26hb Disember 2010 mengakibatkan 2 pejuang Palestin syahid.
Jurucakap Panitia Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah berkata, mayat as-syahid Mus'ab Isa Abu Rouk, 22 dibawa ke hospital Naseer di Khan Yunus dalam keadaan berkecai disebabkan 20 serangan peluru meriam yang ditembak dari kereta kebal zionis di lokasi tempur.
Jelas Abu Salmiah lagi, pejuang kedua yang syahid adalah Mahmoud Yusuf An-Najjar. Setelah beberapa jam syahid, jasad An-Najjar dapat dibawa ke hospital Eropah Gaza ekoran kesukaran yang dihadapi pasukan perubatan disebabkan tembakan dari tentera zionis.
Sayap tentera gerakan JIHAD ISLAMI mengakui pejuangnya bertempur dengan tentera zionis di Khuza'ah.
SARAYA AL-QUDS juga memaklumkan bahawa pejuangnya melancarkan 6 serangan roket RPG ketika menghadang kemaraan sepasukan unit khas tentera zionis ke kawasan Khuza'ah. Bagaimanapun, dua pejuang SARAYA AL-QUDS menemui syahid dalam pertempuran dengan tentera zionis awal pagi tadi.
MALAYSIA PERLU GESA OIC DAN PBB MESTI BERTINDAK SEGERA
MAPIM mendesak kerajaan Malaysia segara menghantar perutusan khas kepada pihak OIC dan PBB supaya bertindak menghadang Israel meneruskan mengulangi serangannya ke atas Semenanjung Gaza.
Dunia tidak boleh membiarkan keganasan Israel berulang lagi yang telah mengakibat lebih 1400 orang rakyat Palestin awam terbunuh sepanjang operasi serangan Israel dari 27hb Disember 2008 hingga 17hb Januari 2009.
MAPIM mengesa kerajaan Malaysia tidak berdiam diri seperti sebelumnya dimana misi kapal kemanusiaan Mavi Marmara telah diserang oleh tentera Israel pada 31hb Mei 2010 yang mengakibatkan 9 orang aktivis kemanusiaan Turki terkorban.
MAPIM menyatakan bantahan keras dan mengutuk keganasan Israel dan mengulangi desakan supaya Israel didakwa di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) berdasarkan laporan Goldstone yang jelas mempunyai bukti yang cukup mengenai tindakan jenayah yang dilancarkan oleh Israel ke atas Gaza.
MAPIM mengesa supaya kerajaan Malaysia mengambil inisiatif supaya mengfailkan kes dakwaan ke atas Israel tanpa lengah lagi. Pihak kerajaan Malaysia tidak seharusnya berpuas hati hanya menyatakan kutukan semata-mata tanpa mengamil langkah yang lebih konkrit supaya kepungan dan sekatan haram Israel ke atas Gaza dapat dihenti serta merta.
MAPIM mendesak agar PBB tidak hanya sekadar menghasilkan resolusi kecaman ke atas Israel kerana Israel tidak boleh lagi diterima sebagai pihak yang sah untuk diadakan rundingan . Sokongan tidak berbelah bahagi US terhadap Israel menyebabkan Israel terus berani menjadi samseng dunia .
3 ORANG WAKIL MAPIM AKAN MASUK GAZA
MAPIM telah menghantar 3 orang wakilnya iaitu Mustapa Mansor , Norazli Musa dan Fuad Helmi Zakaria untuk menyertai misi kemanusiaan “Asian Caravan to Gaza” dibawah inisiatif Asian People’s Solidarity for Palestine . Mereka bergerak melalui darat bermula dari India melanjut ke Pakistan , Iran , Turki , Syria dan Mesir . Pergerakan darat tersebut telah bermula dari 2 hb Disember 2010 yang melibatkan lebih 200 aktivis kemanusiaan dari beberapa negara-negara Asian. Di jangka mereka akan masuk Gaza pada 27hb Disember 2010.
Wakil-wakil MAPIM tersebut telah mengumpul maklumat terkini mengenai perkembangan semasa di Gaza . Berdasarkan maklumat meeka yang dihantar kepada sekretariat MAPIM , serangan Israel ke atas Gaza sangat sengit dalam minggu ini terutama di selatan Gaza. Mereka mengesa supaya bantahan kepada US perlu diserahkan segera untuk menghalangkan Israel mengulangi keganasan seperti dilakukan 2 tahun yang lalu.
GAZA MASIH TERUS MENDERITA
Selepas dua tahun serangan Israel ke atas Gaza yang mengakibatkan kemusnahan dan kehilangan nyawa yang dahsyat , keadaan Gaza maseh terus dalam keadaan yang sangat rumit .
Kepungan haram yang dikenakan oleh Israel sejak 4 tahun yang lalu adalah punca utama Gaza terus tidak dapat dipulihkan sebagai wilayah yang berdaulat dan berhak untuk mendapat akses kepada dunia luar.
Keadaan terakhir di Gaza sehingga kini maseh tidak banyak berubah. Pemulihan semula infratruktur asas yang musnah dan rosak seperti sistem kumbahan , bekalan elektrik , air bersih dan sekolah amat perlahan dan jauh dari mencukupi. Israel terus menahan kemasukan bahan binaan seperti simen , besi dan batu gravel.
Membeli barangan keperluan harian adalah diluar kemampuan kebanyakan rakyat Gaza kerana kepungan yang berterusan.
Keadaan hidup normal tidak dapat diwujudkan disebabkan tentera Israel maseh terus melancarkan pencerobohan dari masa ke semasa terutama di kawasan sempadan.
Dua pertiga dari penduduk sejumlah 1.5 juta adalah pelarian dan 80% kehidupan mereka bergantung kepada bantuan luar. Malah dengan hanya ada sebuah hospital kanak-kanak sahaja , ia tidak mampu menampung keperluan rawatan kesihatan untuk lebih 800,000 kanak-kanak di Gaza. Ini adalah kerana 52% dari populasi Gaza adalah kanak-kanak.
Sedangkan Israel tidak nampak berganjak dari polisi mengenakan kepungan ke atas Gaza.
TUNTUTAN MAPIM
MAPIM dengan ini menuntut supaya pihak kerajaan Malaysia:
- memutuskan segala hubungan, baik yang terbuka maupun rahasia, , secara langsung atau tidak langsung dengan Israel ;
- Malaysia segera menghantar perutusan kecemasan kepada OIC , PBB dan US supaya menghalang sebarang tindakan ganas oleh Israel ke atas Gaza.
- menggunakan forum internasional termasuk Majlis Keselamatan PBB dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk menuntut pertanggungjawaban Israel atas kekejaman terhadap kemanusiaan serta kejahatan perangnya;
- memberikan dokungan penuh- di bidang ekonomi, politik, diplomasi dan militer- kepada gerakan perlawanan Palestin terhadap pencerobohnya;
- mendokung kempen Boikot, Divestment dan Sanksi (BDS) yang telah dipelopori oleh masyarakat sivil Palestin.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausaha Agong MAPIM
0 comments to "ISRAEL MENGGANAS LAGI : MAPIM DESAK HANTAR TENTERA HALANG SERANGAN"