HALAMAN BLOG RASMI
PERSATUAN ULAMA MALAYSIA

MAKLUMAN PENTING

Layari laman baru PUM di http://www.pum.org.my/. Kami menghargai komentar dan cadangan anda untuk penampilan yang lebih baik bagi laman web ini. KLIK

Home , , › PUM MOHON JAWI, JAIS DAKWA PENGAKU PENGAMAL SEKS SONGSANG

PUM MOHON JAWI, JAIS DAKWA PENGAKU PENGAMAL SEKS SONGSANG


KENYATAAN MEDIA
PERSATUAN ULAMA’ MALAYSIA

13 JANUARI 2011

PUM MOHON JAWI, JAIS DAKWA PENGAKU PENGAMAL SEKS SONGSANG

Berikutan dari pengakuan berani seorang lelaki melayu Islam dalam youtube, pihak Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) meminta supaya pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) atau Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melakukan pendakwaan ke atas pengaku pengamal seks songsang tersebut.

Ini bagi menyekat dan memberi pengajaran kepada masyarakat supaya menidakkan budaya amalan seks songsang ini.

PUM bimbang sekiranya pengakuan tersebut merangkumi dua perkara berikut maka ia boleh disabitkan kesalahan dibawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor peruntukan Bahagian IV - Kesalahan yang Berhubungan dengan Kesusilaan:
  1. Seksyen 27: Hubungan jenis sesama jantina, sama ada lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan.
  2. Seksyen 30: Lelaki berlagak seperti perempuan (menyerupai perempuan)

Disetiap negeri juga ada peruntukan undang-undang syariah yang lebih kurang sama bagi digunakan untuk mendakwa golongan sedemikian.

PUM melihat isu ini merupakan isu yang boleh menjejaskan pembangunan model insan dan akan mencemarkan imej Islam itu sendiri. PUM merasa kasihan keatas golongan sebegini dan mengharap dan medoakan agar mereka sedar akan ancaman dan peringatan yang telah dinyatakan dalam al-Quran tentang kaum Nabi Luth yang telah dihancurkan. Peringatan penting dari Nabi Muhammad SAW yang tidak akan mengaku umatnya keatas golongan sedemikian di akhirat kelak. Nauzubillah

Wassalam…

DR. MOHD ROSLAN MOHD NOR
Setiausaha Agung

Tags: , ,

0 comments to "PUM MOHON JAWI, JAIS DAKWA PENGAKU PENGAMAL SEKS SONGSANG"

Leave a comment