HALAMAN BLOG RASMI
PERSATUAN ULAMA MALAYSIA

MAKLUMAN PENTING

Layari laman baru PUM di http://www.pum.org.my/. Kami menghargai komentar dan cadangan anda untuk penampilan yang lebih baik bagi laman web ini. KLIK

Home , , › SEMINAR BALDATUN TOYYIBAH (II): MODEL UTHMANIYYAH

SEMINAR BALDATUN TOYYIBAH (II): MODEL UTHMANIYYAH



KENAPA SEMINAR INI DIADAKAN?

Kerajaan Islam Uthmaniyyah merupakan kekhalifahan Islam yang terakhir sebelum ia dijatuhkan oleh puak sekular Kemalis yang dikatakan didalangi oleh Yahudi dan Barat. Kelangsungan kerajaan ini selama tahun meliputi tiga benua utama dunia, Asia, Afrika dan Eropah. Apa yang menarik, kejatuhan kota Constantinople pernah diriwayatkan dalam satu hadis yang dicatatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal dengan mengatakan raja yang menawannya adalah raja yang terbaik dan ternyata raja itu daripada dinasti Uthmaniyyah.

Kerajaan Islam Uthmaniyyah seolah-olah berada dalam dua zaman, zaman silam dan zaman moden. Tentu banyak khazanah tinggalan kerajaan besar ini yang boleh menjadi teladan dan sempadan kepada kita dalam menggagaskan sebuah negara idaman di zaman pasca-modernisme ini.

APAKAH OBJEKTIF SEMINAR INI?

Mempelajari, menilai, menganalisis dan meneladani Tamadun Islam Uthmaniyyah dari aspek;
1.      Bagaimanakah para Khalifah kerajaan Uthmaniyyah menerapkan pemerintahan Islam mereka yang meliputi tiga benua yang salah satunya mencetuskan pemodenan masa kini ?
2.      Bagaimanakah corak kehidupan masyarakat majmuk mereka boleh melestarikan pemerintahan Islam selama ratusan tahun ?
3.      Bagaimanakah dinamika fiqh dan kodifikasi undang-undang terkembang di empayar Uthmaniyyah serta kesesuaian paradigmanya dalam merekonstruksi idea-idea fiqh dan undang-undang di negara kita khasnya.
4.      Apa saja dari tamadun ini yang boleh kita ikuti demi merealisasikan impian sebuah baldatun tayyibah – the good governance yang diimpikan oleh rakyat Malaysia.
5.      Apa teladan yang boleh dipelajari daripada kesilapan dan kejatuhan tamadun Islam Uthmaniyyah agar menjadi sempadan yang berguna untuk kita.

Dan seterusnya mendapatkan kesimpulan dan pengusulan bagi merealisasikan negara maju menurut perspektif Islam.

BILAKAH SEMINAR INI BERLANGSUNG?

Seminar ini akan berlangsung pada Sabtu, 29 Januari 2011 bermula pendaftaran dari jam 8.00 pagi dan berakhir jam 5.30 petang

DIMANAKAH SEMINAR INI DIADAKAN?

Seminar ini akan diadakan di Dewan Kuliah Utama, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

SIAPAKAH YANG BOLEH MENYERTAI?

Seminar ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat, para ulama’, intelektual, pegawai-pegawai agama, penyelidikan, pertubuhan-pertubuhan gerakan Islam dan badan-badan NGO, agensi-agensi kerajaan, wakil institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta, badan-badan kebajikan dan lain-lain pertubuhan serta orang perseorangan.

SIAPAKAH PEMBENTANG KERTAS KERJA YANG DIJEMPUT?

Kertas 1        : Sejarah Ringkas Kebangkitan dan Kejatuhan Kerajaan
  Islam Uthmaniyyah
Oleh              : Dr. Mohd Roslan bin Mohd Nor
Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
Kertas 2        : Perkembangan Fiqh dan Usul di Empayar Uthmaniyyah.
Oleh              : Prof. Madya Dr. Abdul Karim Ali
Ketua Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
Kertas 3        : Kodifikasi Undang-Undang dan Sistem Keadilan
  Uthmaniyyah
Oleh              : Prof. Madya Dr Saim Kayadibi
Fakulti Ekonomi & Pengurusan Sains, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Kertas 4        : Sisi Gelap Kerajaan Uthmaniyyah : Satu Pengajaran
  Berharga
Oleh              : Prof. Dr. Fadhulah Jamil
                          Universiti Sains Malaysia (USM)
Kertas 5        : Kewarganegaraan Dalam Sistem Pemerintahan
  Uthmaniyyah: Satu Kajian dalam Konteks
  Kewarganegaraan Negara Islam  Moden.
Oleh              : Prof. Madya Dr Ahmad Zaki Ibrahim
Jabatan Sejarah Dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
Kertas 6        : Aplikasi Sistem Ekonomi Islam Dalam Tamadun Islam 
  Uthmaniyyah.
Oleh              : Dr. Amir bin Shaharuddin
                          Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam
  Malaysia (USIM)
Kertas 7        : Tamadaun Islam Uthmaniyyah : Aspek Kesenian dan
   Budaya Islami
Oleh              : Dr. Eeman Muhammad Abbas
                          Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti
  Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
Kertas 8        : Kerajaan Islam Uthmaniyyah dan Hubungan
  Antarabangsa
Oleh               : Prof. Madya Dr. Kamaruzaman Yusoff
              Pusat Pengajian Sejarah, Politik & Strategi, Fakulti Sains
   Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan
   Malaysia

BERAPAKAH YURAN PENYERTAAN?

Yuran Penyertaan:
Organisasi / Agensi / Pertubuhan       : RM150.00
Individu / Perseorangan                        : RM100.00
Pelajar / Ahli PUM                                     : RM  50.00

BAGAIMANA UNTUK MENDAFTARKAN PENYERTAAN?

Untuk penyertaan seminar, sila buat pendaftaran sebelum atau pada 26 Januari 2011 dengan menghubungi:

Sdra. Azmi               : 013-384 0710
En Nizam                  : 012-291 1335
Pejabat                    : 03-5512 4300 / 03-5511 4301
Faks                           : 03-5511 4302
Email                         : pumpusat@yahoo.com
Website                    : http://www.pumselangor.org

Pengesahan kehadiran bolehlah difakskan terus ke : 03-5511 4302 atau email ke : pumpusat@yahoo.com atau SMS (sila nyatakan --) ke nombor 013-3840710.

BAGAIMANA HENDAK MEMBUAT PEMBAYARAN?

Segala pembayaran boleh dibuat melalui :
1.      Akaun Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Selangor
(No. Akaun Bank Islam Malaysia Berhad : 12-047-01-004521-1 - Cawangan Seksyen 14, Petaling Jaya).

2.      Pembayaran melalui cek/tunai juga boleh dijelaskan pada hari seminar.

0 comments to "SEMINAR BALDATUN TOYYIBAH (II): MODEL UTHMANIYYAH"

Leave a comment