HALAMAN BLOG RASMI
PERSATUAN ULAMA MALAYSIA

MAKLUMAN PENTING

Layari laman baru PUM di http://www.pum.org.my/. Kami menghargai komentar dan cadangan anda untuk penampilan yang lebih baik bagi laman web ini. KLIK

Home , › PUM TERIMA SUMBANGAN KHAS DARIPADA JAKIM

PUM TERIMA SUMBANGAN KHAS DARIPADA JAKIM

jakim image
YB Menteri bergambar dengan penerima-penerima sumbangan
Sebanyak 26 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam menerima sumbangan khas bernilai RM 1 Juta dan masing masing-masing menerima antara RM 56,000 hingga RM 25, 000. Peruntukan RM1 juta untuk NGO Islam ini telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sewaktu merasmikan Majlis Ulama' bersama Umara' pada 5 Februari 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). 
Majlis penyampaian sumbangan khas kepada NGO Islam telah berlansung pada 18 Mei 2011 di Dewan Syura, JAKIM yang disempurnakan oleh YB Mejar Jenaral Dato' Seri Jamil Khir Bin Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim, Ketua Pengarah Jakim, Tuan Haji Othman Mustapha, Ahli-Ahli Post-Kabinet, Pengarah-Pengarah Bahagian dan wakil-wakil NGO Islam.

Yang DiPertua Persatuan Ulama Malaysia, Dato' Sheikh Haji Abdul Halim Abdul Kadir hadir mewakil PUM menerima sumbangan ini. 

YB Mejar Jenaral Dato' Seri Jamil Khir Bin Baharom (B) dalam ucapannya menyatakan sumbangan tersebut bertujuan mengeratkan hubungan antara kerajaan dengan NGO Islam sebagai tanda sokongan untuk mereka dalam melaksanakan agenda ummah dalam bidang ekonomi, sosial dan dakwah Islamiah.

Katanya, “peruntukan itu dibahagikan berdasarkan aktiviti, jumlah ahli dan program yang dilaksanakan dan bantuan itu diharap dapat dilaksanakan secara berterusan pada masa akan datang”.

Menurut Tuan Haji Othman Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM, “sumbangan itu diberikan bagi membantu NGO berkenaan dalam memperluaskan aktiviti dan program keagamaan mereka dalam bidang khusus masing-masing, selain untuk merapatkan hubungan erat antara kerajaan dan kumpulan berkenaan”, katanya ketika menyampaikan ucapan aluan dalam majlis tersebut.

Antara yang menerima sumbangan terbabit ialah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-Institusi Pengajian Islam Malaysia (HALUAN), Dewan Pemuda Masjid Malaysia, Pertubuhan Cina Islam Sabah (PCIS), Perhimpunan Belia Islam Sedunia (WAMY), Persatuan Pengasih Malaysia, Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Persatuan Orang Pekak Malaysia, Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia, Pertubuhan Jemaah Islamiah Malaysia (JIM) dan Angkatan Belia Malaysia (ABIM).

Tags: ,

0 comments to "PUM TERIMA SUMBANGAN KHAS DARIPADA JAKIM"

Leave a comment