HALAMAN BLOG RASMI
PERSATUAN ULAMA MALAYSIA

MAKLUMAN PENTING

Layari laman baru PUM di http://www.pum.org.my/. Kami menghargai komentar dan cadangan anda untuk penampilan yang lebih baik bagi laman web ini. KLIK

Home , › KOLOKIUM SENI BUDAYA

KOLOKIUM SENI BUDAYA



KOLOKIUM SENI BUDAYA
18 JUN 2011 (SABTU)
BANGUNAN ANNEX, BANGUNAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH (SUK), SHAH ALAM, SELANGOR

PENGENALAN

Seni dan budaya, secara umumnya, sering dikaitkan dengan pelbagai perkara negatif, tidak sihat dan tidak secocok dengan penerimaan masyarakat Islam setempat. Walhal, seni bagi penggiatnya pula adalah sesuatu yang suci dan murni. Soalnya, apakah penggiat seni dalam skopnya yang besar mampu mempertahan dan memartabatkan kemurnian seni berkenaan.

Justeru, karyawan dalam apa sahaja bidang sedang menanti penjelasan dari kalangan agamawan. Mereka yang sudah lama terlibat termasuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan bidang seni sedang tercari-cari apakah dan bagaimanakah penjelasan Islam terhadap aktiviti yang mereka sedang terjuni.

Untuk itu, Sekretariat penganjur merasakan amat perlu Kolokium Seni Budaya ini diadakan secara berperingkat demi menyemai kefahaman terhadap golongan yang terlibat dalam bidang berkenaan.

OBJEKTIF

Antara objektif penganjuran kolokium ini ialah:
i.                     Menghimpunkan karyawan seni budaya dalam satu wadah dan menjurus keterlibatan mereka yang terarah.
ii.                   Memberi penjelasan mengenai isu-isu keterlibatan golongan karyawan seni dalam masyarakat.
iii.                  Menzahirkan keprihatinan golongan agamawan dan kepimpinan kerajaan negeri terhadap isu-isu seni dan budaya.

ANJURAN

Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan Jawatankuasa Tetap Kebudayaan, Negeri Selangor

ATURCARA

KOLOKIUM SENI BUDAYA
Tempat: Bangunan Annex, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SUK), Shah Alam


08.30pg - 09.00pg              Pendaftaran
09.00pg - 10.00pg              Ucapan Aluan
Yang Dipertua, Persatuan Ulama Malaysia (PUM)

Ucapan Perasmian
Y. B Puan Hjh Rodziah Ismail
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi Dan Inovasi, Negeri Selangor  

10.00pg - 10.30pg              Minum Pagi
                         
10.30pg - 11.15pg Kertas Kerja 1: Seni Budaya dan Hiburan Menurut Perspektif Islam
                                                Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman
                                    Jabatan Al-Quran dan Hadis, Akademi Pengajian
Islam, Universiti Malaya
                       
11.15pg - 12.00tgh            Kertas Kerja 2: Menekuni Kandungan Hiburan Kreatif : Media Perubah Minda Umat
                                                Zainal Rashid Ahmad
                                                Pengurus Besar Penerbitan TV Al-Hijrah

12.00tgh – 12.30tgh           Soal Jawab
                       
12.30tgh - 02.00ptg            Makan Tengahari @ Solat
                         
02.00ptg – 03.30ptg           Pelaksanaan Seni Budaya Islam: Apa Halangannya
Moderator    : Abdul Aziz Desa
  (Pengacara Nasi Lemak Kopi O)
Panelis 1        : Pak Shukor Harun
                                                  (Aktivis Media)
Panelis 2        : Sdra Dinsman
                                                                        (Penulis / Pengkritik Seni / Penyajak)

03.30ptg - 04.30ptg           Ceramah : Seni Sebagai  Dokongan Pencorakan
Masyarakat Madani
Ustaz Ahmad Shazili Abdullah
Artis Nasyid / Wadid al Jadid / Pendakwah

04.30ptg – 05.00ptg           Ucapan Penangguhan dan resolusi
Setiausaha Agung, Persatuan Ulama’ Malaysia

05.00ptg – 05.30ptg           Minum petang

SANTAI SENI BUDAYA
Tempat: Ruang Legar, Plaza Alam Sentral

08.30mlm - 10.30ml            Persembahan Malam Muzikal Puisi Islam
Penampilan Kumpulan e-Sastera
           
MAKLUMAN DAN PENDAFTARAN

Sasaran peserta ialah seramai 200 orang yang terdiri daripada penulis, budayawan, artis, pelukis, seniman, bloggers, karyawan seni, pihak media dan orang awam.

PENYERTAAN ADALAH PERCUMA

Pendaftaran Penyertaan :

Untuk penyertaan seminar, sila buat pendaftaran sebelum atau pada 17 Jun 2011 dengan menghubungi:

Sdra Azmi                 : 013-3840710
En. Baharom           : 019-3799101
Pejabat                     : 03-5512 4300 / 03-5511 4301
Faks                            : 03-5511 4302
Email                          : pumpusat@yahoo.com


Tags: ,

0 comments to "KOLOKIUM SENI BUDAYA"

Leave a comment