PENGENALAN
Generasi Y atau ‘generasi Millenium’ ialah istilah
yang digunakan untuk merujuk kepada kelompok generasi manusia yang lahir
sekitar tahun 1977 hingga 1997. Namun ada juga yang berbeza dalam menentukan
tarikh bagi kelompok ini.Contohnya, terdapat beberapa tokoh seperti William
Strauss dan Neil Howe’s yang memulakan tarikh permulaan bagi generasi ini pada
1982 hingga penghujung tahun ’90-an.
Walaupun berbeza dari sudut penentuan tahun, namun
kelompok generasi Y (berumur antara 11 hingga 31 tahun) ini sebenarnya
berkongsi ciri-ciri ketara yang sama berdasarkan kepada keadaan zaman ketika
kelahiran mereka seperti peristiwa-peristiwa penting yang berlaku, peranan
pemimpin, pembangunan dan kecenderungan zaman ketika itu.
Jika diperhatikan dengan teliti, dalam tempoh masa
terdekat ini,kelompok generasi Y bakal menerajui hala tuju masa hadapan bermula
dengan institusi kecil keluarga, masyarakat setempat, negeri dan seterusnya ke
peringkat negara. Namun, jika ditimbang antara tanggungjawab yang bakal dipikul
dan situasi semasa yang melingkari kehidupan kita ketika ini, hanya menampakkan
pertumbuhan generasi Y ke arah perkembangan positif yang masih
terumbang-ambing.
Tidak cukup dengan statistik kebejatan sosial yang
semakin membarah dalam kalangan generasi muda yang ketinggalan di dalam
pelajaran atau masih di bangku sekolah, ia turut merebak kepada kelompok
golongan terpelajar di institut pengajian tinggi. Perkara ini yang amat
membimbangkan. Apakah sandaran harapan yang kita ada?
Sehubungan itu, Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan
Selangor dan Jawatankuasa Tetap Adat Melayu, Belia & Sukan, Kerajaan Negeri
Selangor akan menganjurkan Seminar Gen-Y yang memberi fokus kepada memahami
psikologi dan biologi Generasi Y serta mencari solusi manhaj dakwah yang berkesan.
Hasrat ini juga selaras dengan gagasan Kerajaan Negeri Selangor ke arah membina
generasi belia Selangor yang berwibawa, beriman dan bertaqwa. Semoga Seminar
ini menjadi wadah terbaik untuk para ilmuan, pendakwah, remaja bermuzakarah dan
menghasilkan solusi terbaik bagi setiap isu yang dibentangkan.
OBJEKTIF
Antara objektif utama penganjuran program ini
ialah;
1.
Memberi kefahaman dan pengetahuan kepada para pendakwah untuk mengenal
sifat biologi, psikologi dan karektor generasi Y dan generasi Z bagi
mendekatkan Daie dengan Mad’u.
2.
Mencari solusi dan methadologi dakwah yang berkesan untuk mendekati
generasi Y dan generasi Z disamping membantu para Daie menyusun strategi dakwah
kepada golongan ini.
3.
Mendedahkan tentang cabaran-cabaran dakwah dan peluang dakwah zaman
millennium yang mempunyai pengaruh besar kepada generasi Y dan generasi Z.
4.
Menghimpunkan pendakwah-pendakwah tanah air untuk bertukar-tukar
pendapat dan membina jaringan pintar sesama pendakwah.
PENYERTAAN
Seminar
menjemput penyertaan dari para ulama’, intelektual, pegawai-pegawai kewangan,
penyelidikan dan badan-badan NGO, agensi-agensi kerajaan dan swasta, wakil
institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta, wakil-wakil masjid,
belia-belia serta orang perseorangan.
PEMBENTANGAN KERTAS
KERJA
8.00 pagi : Pendaftaran Peserta
9.00 pagi : SESI 1
:
Penjenamaan Generasi Manusia Menurut Perspektif Al-Quran Hadith
Oleh : YBhg Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri
(Pendakwah / ahli Majlis Fatwa Negeri
Sembilan dan Terengganu)
: Ekspresi
Gen Y Terhadap Dakwah
Oleh : YBhg. Ustaz Hj. Mohd Zamri Bin Zainal
Abidin
(Pendakwah / Mantan Perantara Radio IKIM fm)
10.30 pagi :
SESI 2
: Generasi Y dan Z dari Aspek Perkembangan
Psikologi
Oleh : YBhg Prof. Madya Dr. Mariani bin Md.
Noor
(Universiti Malaya / Juri Rancangan Solehah
TV Al-Hijrah)
:
Fenomena Media Baru : Sikap dan Sudut Pandang Gen Y
Oleh
: YBhg Profesor Madya Dr. Abu Hasan Hasbullah
(Universiti Malaysia Kelantan / Penganalisa
Politik)
12.00 tghari :
UCAPTAMA
: Gagasan Melonjak Harapan Belia Negara
Oleh : YB Dr. Ahmad Yunus Hairi
(Exco
Adat Melayu, Belia & Sukan, Kerajaan Negeri Selangor)
1.00 petang :
Makan Tengahari & Solat Zuhur
2.00 petang :
SESI 4 Bicara : Santai Bersama Selebriti : Hijrah Gen Y
Oleh : YBhg. Puan Yatt Hamzah
:
YBhg. Cik Diana Amir
:
YBhg. Sdra Mel Wings
3.30 petang :
SESI 3 “Persepsi Gen Y terhadap Politik”
Oleh : YBhg. Profesor Dato’ Dr Mohamad Redzuan
Othman
(Profesor, Universiti Malaya)
5.00 Petang :
Minum Petang & Bersurai
MAKLUMAT DAN PENDAFTARAN
Seminar ini adalah percuma dan dilangsungkan bermula pendaftaran dari jam
8.00 pagi dan berakhir 5.00 petang.
Pendaftaran Penyertaan :
Untuk
penyertaan seminar, sila hadir terus atau buat pendaftaran sebelum atau pada 27 Disember 2012 dengan menghubungi:
Sdra. Azmi : 016-274 6550
En Nizam : 012-291 1335
Sdra Hakimi : 013-384 0710
Pejabat : 03-5512 4300 /
03-5511 4301
Faks :
03-5511 4302
Website :
http://www.pumselangor.org
Tags:
PUM Kesal Ada Pihak Cuba Menyebar Fitnah Melalui SMS
Persatuan Ulama Malaysia kesal dengan segelintir manusia yang cuba mengheret PUM dalam isu yang melibatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
SMS yang dihantar oleh pihak-pihak tertentu dan diterima oleh pihak kami berbunyi:
“Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menolak cara Anwar cuba gulingkan kerajaan dgn kekerasan. Islam melarang & melaknak umatnya yg menimbulkan kekacauan. Kpd semua rakyat jgn terlibat dalam demo berdarah pd 9 Jan. Sebarkan.”
Ingin ditegaskan bahawa PUM tidak pernah mengeluarkan apa-apa SMS mahupun kenyataan rasmi dalam hal ini. Pada kami, jika ianya isu yang membabitkan keselamatan, eloklah pihak keselamatan yang menjaganya. Isu politik, diselesaikan melalui saluran sepatutnya. Begitu juga dengan isu-isu lain.
Oleh yang demikian, pihak kami berharap penyebaran SMS fitnah yang disandarkan atas nama PUM ini dihentikan segera dan jangan heret PUM terlibat dalam isu-isu sebegini.
MALAM LANTUNAN MAHABBAH BERSAMA SHEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MABRU AL-BANJARI AL-MAKKI
MALAM LANTUNAN MAHABBAH BERSAMA SHEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MABRU AL-BANJARI AL-MAKKI
Tarikh : 31 Disember 2011
Hari : Sabtu
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Masjid Negeri Selangor
Tarikh : 31 Disember 2011
Hari : Sabtu
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Masjid Negeri Selangor
Pengisian : Solat Tasbih, Tasbih Munajat, Burdah Selawat dan Tausiyah
MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR
TAN SRI DR ABDUL HAMID OTHMAN MENINGGAL DUNIA
KUALA LUMPUR 23 Dis. - Bekas Penasihat Agama Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman meninggal dunia akibat strok di pejabat beliau di pusat membeli-belah Maju Junction, di sini hari ini.
Difahamkan Setiausaha Agung Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) itu telah mendapat serangan strok ketika sedang menjalankan urusan kerja di pejabatnya dan meninggal dunia kira-kira pukul 4.45 petang tadi.
Sebelum ini, Allahyarham pernah memegang jawatan sebagai Penasihat Agama Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. - UTUSAN
Difahamkan Setiausaha Agung Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) itu telah mendapat serangan strok ketika sedang menjalankan urusan kerja di pejabatnya dan meninggal dunia kira-kira pukul 4.45 petang tadi.
Sebelum ini, Allahyarham pernah memegang jawatan sebagai Penasihat Agama Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. - UTUSAN
Published with Blogger-droid v1.7.4
Tags:
SETIAUSAHA PERSATUAN ULAMA' SEDUNIA MENGUNJUNGI PUM
26 November 2011 : Prof. Dr. Ali Mahyuddin Al-Qorahdaghi, Setiausaha Persatuan Ulama Sedunia dalam lawatannya ke Malaysia telah mengunjungi pejabat PUM. Beliau telah disambut oleh YDP PUM, Dato' Sheikh Abdul Halim Abd Kadir dan TYDP PUM, Dato' Wan Muhamad bin Abd Aziz serta beberapa exco PUM yang lain.
KENYATAAN MEDIA PUM ISU AKIDAH
KENYATAAN MEDIA
PERSATUAN ULAMA’ MALAYSIA
20 OKTOBER 2011
1. Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) amat prihatin dalam soal mempertahankan aqidah serta kesucian agama Islam. Dasar untuk berpegang teguh kepada aqidah Islam adalah jelas seperti yang termaktub dalam surah al-An’aam ayat 153 yang bermaksud:
“dan bahawa Sesungguhnya Inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.”
2. Oleh yang demikian, PUM adalah sangat bertegas dalam isu-isu yang berkaitan dengan aqidah, semua pihak perlu memainkan peranan untuk mempertahan serta memperkukuhkan aqidah umat berpandukan kepada kekuatan serta bidangkuasa yang ada.
3. Dalam mendepani isu aqidah umat, PUM berpandangan salah satu aspek penting yang perlu diberikan perhatian berat adalah soal kefahaman umat Islam tentang manhaj serta prinsip aqidah Islam yang sebenar. Pada hemat PUM, kegoyahan pegangan aqidah umat Islam adalah kesan langsung daripada kegagalan umat Islam untuk memahami prinsip serta manhaj aqidah dalam Islam.
4. Oleh yang demikian, berpegang kepada prinsip keilmuan yang akan tunjang kepada penghayatan umat, PUM berpandangan adalah menjadi komitmen kepada para ulamak dan agamawan untuk turun ke lapangan umat memberikan kefahaman berkaitan ilmu-ilmu aqidah Islam. Platform-platform ilmu seperti institusi sekolah, masjid, surau, madrasah, pusat
pengajian tinggi, jabatan serta agensi awam dan swasta perlu disemarakkan dengan kuliah pengajian yang berteraskan aqidah Islam.
5. Sesungguhnya legasi-legasi keilmuan berkaitan aqidah perlulah ditebarkan seluasnya kepada umat tidak kira sama ada kepada kelompok kanak-kanak, remaja dan dewasa. PUM amat percaya dengan kefahaman berteraskan ilmu adalah tapak asas kepada penghayatan aqidah yang kukuh serta mampu menjadi benteng ampuh bagi menghadapi apa jua cabaran termasuk dakyah-dakyah yang sengaja dirancang oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Dengan ilmu dan iman yang mantap, umat Islam pasti tidak akan mengorbankan aqidah suci yang diimaninya.
Sekian, terima kasih.
Ustaz Nik Muhd Marzuki Muhd Nor
Pengerusi Lajnah Perhubungan Antarabangsa
Persatuan Ulama’ Malaysia