Showing posts with label lain. Show all posts
SETIAUSAHA PERSATUAN ULAMA' SEDUNIA MENGUNJUNGI PUM
26 November 2011 : Prof. Dr. Ali Mahyuddin Al-Qorahdaghi, Setiausaha Persatuan Ulama Sedunia dalam lawatannya ke Malaysia telah mengunjungi pejabat PUM. Beliau telah disambut oleh YDP PUM, Dato' Sheikh Abdul Halim Abd Kadir dan TYDP PUM, Dato' Wan Muhamad bin Abd Aziz serta beberapa exco PUM yang lain.
ANALISA PILIHANRAYA TURKI DAN DISKUSI BEDAH PEMIKIRAN RACID GHANNOUCHI
ANALISA PILIHANRAYA TURKI DAN DISKUSI BEDAH PEMIKIRAN RACID GHANNOUCHI
Tarikh : Sabtu, 25 Julai 2011
Masa : 10.00 pagi – 1.30 petang
Tempat : Dewan Masjid UIA Petaling Jaya
Panelis :
YB Dr. Zulkifli Ahmad
(Ahli Parlimen Kuala Selangor)
(Idea-idea Asas Ghannouchi dan Relevensi Pemikirannya Dalam Konteks Masyarakat Malaysia)
Zulkifli Sulong
(Wartawan Harakah)
(Analisis Kemenangan AKP dalam PRU Turki)
Semua dijemput hadir
PENARAFAN UNIVERSITI PINCANG
PENARAFAN UNIVERSITI PINCANG
Oleh Nazmi Yaakub
2011/05/10
Ketidakseimbangan Kuantitatif Berbanding Kualitatif Jejas Mutu
PENARAFAN institusi pengajian tinggi (IPT) yang turut membabitkan budaya ilmu tidak boleh mengikuti sistem nilai dan kaedah dari Barat semata-mata, sebaliknya perlu menggunakan pandangan alam Islam dan mengambil kira keperluan setempat.
Tidak hairanlah keghairahan sebahagian universiti di negara ini dengan penarafan dari kaca mata Barat ditempelak pada Forum Penarafan Universiti: Hanya Beban Pengurusan? di Masjid Kolej Islam Malaya, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Malah, sistem penarafan universiti dunia yang dikeluarkan Times Higher Education (THE) dan QS World University Rankings (QS) turut dianggap menggunakan neraca yang tidak stabil dan kayu ukur yang berubah-ubah.
Meskipun kesan positif penarafan dapat meningkatkan kualiti kerja dan memperbanyakkan penerbitan, Pensyarah Jabatan Matematik, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mat Rofa Ismail menganggap ia tidak mengambil kira falsafah pendidikan yang sebenar.
“Ia semata-mata mengejar tuntutan globalisasi tanpa mengira destinasi, tujuan dan paradigma yang berbeza antara Barat dengan Timur. Kita memang mahukan teknologi sebaik Amerika Syarikat (AS), tetapi kita mahu membina tamadun yang berasaskan nilai sendiri,” katanya pada forum yang dipengerusikan personaliti RTM, Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar.
Dr Mat Rofa yakin bahawa penarafan hanya mengkaji aspek kuantitatif semata-mata, sedangkan Falsafah Pendidikan Negara mahu melahirkan pelajar yang bersepadu daripada aspek intelek, jasmani dan rohani.
“Memang teknologi AS berjaya melepasi angkasa raya, tetapi nilai kemanusiaan mereka jatuh sehina-hinanya dan jauh berbeza daripada falsafah pendidikan negara kita. Kita bermula dengan ‘Bacalah dengan nama Tuhanmu’, iaitu pembacaan, kajian dan analisis ilmu untuk mengenal kebenaran,” katanya pada forum anjuran Unit Syubban, Persatuan Ulama Malaysia (PUM).
Beliau berkata, penarafan yang hanya mengambil kira kuantitatif adalah tindakan memperdagangkan ilmu yang akhirnya membentuk kuantiti pelajar yang besar, tetapi kosong jiwanya.
“Ini kerana matlamat dan metodologi universiti meletakkan ilmu setaraf dengan produk kilang serta melatih pelajar untuk menjadi robot. Kita sewajarnya membezakan antara sistem nilai dengan teknologi kerana matlamat pendidikan adalah mengiktiraf keagungan Tuhan,” katanya.
Dr Mat Rofa mengakui teknologi dari Barat boleh diambil, tetapi dengan syarat sistem nilai yang ada di Barat perlu diubah mengikut paradigma dan roh kita sebagai Muslim, sekali gus menapis ilmu yang dibawa pulang.
Pandangan Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Azmi Sharom, tidak kurang menarik apabila beliau menganggap keghairahan mengejar penarafan boleh mendorong kepada manipulasi kaedah penilaian tanpa memperbaiki kualiti universiti.
“Universiti menggunakan penarafan sebagai asas untuk mencari kualiti sedangkan penarafan sebenarnya bukan matlamat kepada penubuhannya.
“Senario semasa menunjukkan kriteria penilaian dalam penarafan itu dijadikan metode untuk memperbaiki mutu universiti dengan menganggap kenaikan dalam kedudukannya dapat mempertingkatkan kualiti,” katanya.
Dr Azmi memberikan contoh kriteria bilangan pelajar antarabangsa boleh dimanipulasi dengan menarik seberapa ramai pelajar dan kakitangan asing tanpa mempedulikan latar mereka.
“Saya suka pelajar dari luar yang boleh memberikan pandangan dan pendapat lain serta memperluaskan pemikiran kita, tetapi ada sebabnya pelajar asing memilih universiti di negara ini, iaitu pendidikan yang baik.
“Hal ini perlu dibina secara natural sehingga mereka sendiri memilih universiti kita kerana pendidikan serta kita pula menyaring mereka untuk mendapatkan pelajar yang berkelayakan,” katanya.
Dalam konteks jurnal ISI, beliau menganggap sesuatu jurnal dipilih bukan kerana isi kandungannya, sebaliknya kualiti editorial termasuk ketepatan masa terbitan.
Pandangan itu diperakukan Pensyarah Fakulti Perubatan UM, Prof Dr Kamaruddin Mohd Yusoff yang menolak sistem penarafan universiti dari luar negara yang tidak menilai secara menyeluruh, sebaliknya hanya melihat aspek teknikal seperti jumlah penerbitan jurnal dan kertas kerja.
Bagaimanapun, beliau mengakui keperluan penarafan untuk menggalakkan universiti bersaing secara akademik, sekali gus menyarankan penarafan dibuat dalam negara dengan kriteria penilaian ditentukan oleh Majlis Profesor Negara (MPN).
“Adalah mustahil untuk membandingkan universiti di seluruh dunia seperti UM dengan 27,000 pelajar yang majoriti ijazah pertama dengan Massachusetts Institute of Technology (MIT) dengan 10,000 pelajar yang kebanyakannya sarjana.
“Dengan jumlah 6,000 pelajar sarjana di MIT, tidak mustahil untuk institusi itu mengeluarkan lebih banyak kertas kerja dan tesis, manakala sebahagian IPT yang lain pula adalah universiti teknikal,” katanya.
Dengan melihat UM, Prof Dr Kamaruddin berkata, IPT itu memiliki semua fakulti termasuk Akademi Pengajian Islam (API) yang tidak banyak mengeluarkan jurnal dalam ISI kerana mereka menerbitkannya dalam bahasa Melayu dan bahasa Arab.
“Kita tidak menolak kuantitatif kerana ia melekat kepada kualitatif seperti roh bersatu pada jasad, tetapi tidak boleh hanya mengangkat kuantitatif. Sekiranya pengukuran universiti hanya berdasarkan penarafan, bagaimana kita menilai ilmu yang dibina ulama dan ilmuwan silam,” katanya.
Beliau memberi contoh kedudukan Universiti al-Azhar yang tidak termasuk dalam senarai penarafan itu, tetapi pengiktirafan terhadap institusi terbabit terjelma melalui penghormatan dan nilai intelektual pensyarahnya.
“Apabila kita menjadi ahli ekonomi yang menjual ilmu dan membentuk pelajar secara kuantitatif, tidak hairanlah pelajar yang memperoleh CGPA 4 apabila menjadi jurutera yang membina jambatan dan hospital, binaan itu runtuh,” ujarnya.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Penarafanuniversitipincang/Article
PUM & ABIM GESA TIADA KEMPEN SAMBUTAN VALENTINE’S DAY
PUM & ABIM GESA TIADA KEMPEN SAMBUTAN VALENTINE’S DAY
Kami merasa terpanggil untuk menyatakan pendirian tentang sambutan yang bakal berlansung di seluruh dunia mengenai Valentine’s Day yang disambut pada 14 Februari setiap tahun masihi.
Kami menggesa supaya sebarang kempen tentang sambutan Valentine’s Day tidak dilakukan dengan menghormati Fatwa yang telah dikeluarkan mengenainya.
Kami meminta pihak kerajaan supaya mengambil tindakan pro-aktif untuk menangani masalah ini yang dikira sebagai aktiviti yang menyumbang kepada masalah sosial di dalam Negara.
Kita melihat sambutan Valentine’s Day tidak syar’ie, bertentangan dengan Islam. Ia berasaskan juga kepada Fatwa mengenai Valentine’s tersebut sepertimana berikut:
Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine’s Day
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.
Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
Keterangan/Hujah:
Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.
Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.
Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:
من تشبه بقوم فهو منهم
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
(Riwayat Abu Daud)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda:
من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود
“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.
Sejarah Sambutan Valentine’s Day
Valentine’s Day berasal dari upacara ritual agama Romawi kuno. Adalah Paus Gelasius I pada tahun 496 yang memasukkan upacara ritual Romawi kuno ke dalam agama Kristian, sehingga sejak itu secara rasmi agama Kristian memiliki hari perayaan baru yang bernama Valentine’s Day.
The Encyclopedia Britania, vol. 12, sub judul: Chistianity, memberikan penjelasan sebagai berikut: “Agar lebih mendekatkan lagi kepada ajaran Kristian, pada 496 M Paus Gelasius I menjadikan upacara Romawi Kuno ini menjadi hari perayaan gereja dengan nama Saint Valentine’s Day untuk menghormati St. Valentine yang kebetulan mati pada 14 Februari.”
Saranan
Kami menyeru agar umat Islam dari segenap lapisan khususnya golongan remaja dan generasi muda agar tidak terlibat di dalam sebarang aktiviti berbentuk sambutan Valentine’s Day.
Kami turut menyeru supaya ibubapa dapat mengawal pergerakan anak-anak mereka dimusim sambutan ini.
Kami menggesa supaya pihak berkuasa agama memantau dan mengambil tindakan/penguatkuasaan berdasarkan enakmen-enakmen kesalahan jenayah syariah yang berkaitan.
Sekian, terima kasih.
Dr Mohd Roslan Mohd Nor
Setiausaha Agung, Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM)
Mohamad Raimi Ab Rahim
Setiausaha Agung, Angkatan Belian Islam Malaysia (ABIM)
Valentine’s Day ditolak oleh Non-Muslim
Di dalam buku tulisan Meriah Fredericks (2003) berjudul The True Meaning of Cleavage, beliau memetik tulisan Jesse Horvarth yang menulis Why Valentine’s Day Should be Banned. Katanya, Hari Valentine mesti dihapuskan kerana beberapa sebab:
1. Ia mewujudkan inferioriti kepada golongan awam terutama mereka yang tidak mempunyai pasangan.
2. Ia mempromis satu sisi yang amat teruk dalam sistem sosial kehidupan manusia, budaya konsumerism yang membazir dan melahirkan citarasa buruk di kalangan masyarakat.
3. Ia mewujudkan jurang perbezaan di antara mereka yang cantik dan popular dan tidak cantik serta tidak popular.
BUKU TERKINI TERBITAN PUM
Tiga buah naskah buku keluaran Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Selangor telah diterbitkan. Buku-buku tersebut adalah hasil bahan seminar yang telah dilaksanakan pada sesi yang lepas. Buku-buku tersebut adalah “Baldatun Tayyibah : Model Andalusia (RM16.00)”, “Baldatun Tayyibah : Model Uthmaniyyah (RM25.00)” dan “Fiqh Masyarakat Bukan Islam di Malaysia (RM27.00)”.
Buku-buku terbitan ini boleh dibeli dengan datang terus ke pejabat persatuan atau menghubungi 03-5512 4300 / 013-3840710 untuk belian secara pos.
BUKU BAITUL MAQDIS : KEJATUHAN PALESTIN DAN KEWUJUDAN ISRAEL
PUM telah melancarkan buku prosiding Seminar Baitul Maqdis pada 08 Ogos 2010. Buku yang tajuk Baitul Maqdis : Kejatuhan Palestin dan Kewujudan Israel menghimpunkan 10 kertas kerja yang dibentangkan dalam seminar tersebut. Kertas kerja tersebut adalah :
Pertarungan Islam Dan Zionis: Baitul Maqdis dan Ketamakan Yahudi Sepanjang Sejarah
Dr. Muhammad al-Ramaadi
Sejarah Kejatuhan Palestin dan Kewujudan Israel
Dr. Mohd Roslan bin Mohd Nor
Yahudi dan Bani Israel
Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri
Intifadah - Merintis Generasi Salahuddin Al-Ayyubi
Prof. Madya Dr Zainur Rashid bin Zainuddin
Pengaruh Zionis di Dalam Organisasi Pentadbiran dan Perniagaan
Profesor Dr. Mohd Nazari bin Ismail
An Analytical Study Of Justice In The Behaviour of Caliph 'Umar's In Islamic Jerusalem
Dr. Maher Y. Abu-Munshar
Masa Depan Baitul Maqdis Berdasarkan Hadith
Prof. Madya Dr. Fauzi bin Deraman
Gerakan Ulama’ Dalam Menangani Isu Palestin
Hj. Abdul Ghani bin Samsudin
“Bumi Yang Dijanjikan” Menurut Yahudi dan Perbandingannya dari Sudut Pandangan Islam
Mohamad Fauzi bin Zakaria
Barat, Negara-negara Arab dan Perang Arab-Israel ke-4: Menimba Sejarah dan Menimbang Arah
Profesor Dato’ Mohamad Abu Bakar
Harga buku : RM20.00
Muka surat : 221
Buat masa ini buku tersebut boleh didapati di :
Persatuan Ulama’ Malaysia
14B, Jalan Plumbum P7/P,
Pusat Komersial Seksyen 7,
40000 Shah, Alam,
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-5512 4300 / 03-5511 4301
Faks: 03-5511 4302
atau
Kedai Buku Tinta Ilmu
2-8-8, Kompleks Ole-Ole, Seksyen 18,
Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18,
40200 Shah Alam, Selangor.
Tel: 019-379 9101 / 03-5541 6370
Pertarungan Islam Dan Zionis: Baitul Maqdis dan Ketamakan Yahudi Sepanjang Sejarah
Dr. Muhammad al-Ramaadi
Sejarah Kejatuhan Palestin dan Kewujudan Israel
Dr. Mohd Roslan bin Mohd Nor
Yahudi dan Bani Israel
Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri
Intifadah - Merintis Generasi Salahuddin Al-Ayyubi
Prof. Madya Dr Zainur Rashid bin Zainuddin
Pengaruh Zionis di Dalam Organisasi Pentadbiran dan Perniagaan
Profesor Dr. Mohd Nazari bin Ismail
An Analytical Study Of Justice In The Behaviour of Caliph 'Umar's In Islamic Jerusalem
Dr. Maher Y. Abu-Munshar
Masa Depan Baitul Maqdis Berdasarkan Hadith
Prof. Madya Dr. Fauzi bin Deraman
Gerakan Ulama’ Dalam Menangani Isu Palestin
Hj. Abdul Ghani bin Samsudin
“Bumi Yang Dijanjikan” Menurut Yahudi dan Perbandingannya dari Sudut Pandangan Islam
Mohamad Fauzi bin Zakaria
Barat, Negara-negara Arab dan Perang Arab-Israel ke-4: Menimba Sejarah dan Menimbang Arah
Profesor Dato’ Mohamad Abu Bakar
Harga buku : RM20.00
Muka surat : 221
Buat masa ini buku tersebut boleh didapati di :
Persatuan Ulama’ Malaysia
14B, Jalan Plumbum P7/P,
Pusat Komersial Seksyen 7,
40000 Shah, Alam,
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-5512 4300 / 03-5511 4301
Faks: 03-5511 4302
atau
Kedai Buku Tinta Ilmu
2-8-8, Kompleks Ole-Ole, Seksyen 18,
Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18,
40200 Shah Alam, Selangor.
Tel: 019-379 9101 / 03-5541 6370





