TARIKH
13 Mac 2010 / 27 Rabiul Awwal 1431H (Sabtu)
TEMPAT
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor
ANJURAN
Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor (PUMSEL)
kerjasama
Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS)
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS)
PENGENALAN
Mutakhir ini, masyarakat Islam khususnya di Malaysia seringkali terdedah dengan isu- isu semasa berkaitan kewangan dan perbankan contohnya pelaburan melalui internet, perniagaan MLM, insurans konvensional, kontrak pinjaman berasaskan faedah dan sebagainya. Kesemua isu yang berlegar ini sememangnya berinteraksi terus dalam kehidupan seharian masyarakat Islam dan mempunyai implikasi hukum. Ditambah pula dengan lambakan produk- produk kewangan dan perbankan melalui instrumen yang pelbagai di pasaran, masyarakat Islam adakalanya dilihat kurang sensitif untuk membuat penilaian kepada produk- produk tersebut khususnya berkaitan aspek hukum syariah.
Adalah sangat membimbangkan jika sekiranya isu- isu ini tidak ditangani dengan baik, ditambah pula dalam keadaan masyarakat Islam tidak mendapat akses kepada maklumat dan ilmu Syariah dengan tepat, masyarakat Islam akan terus bergelumang dalam lumpur riba, gharar, maisir dan perkara- perkara lain yang bersalahan dengan prinsip Syariah.
Justeru, Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Selangor (PUMSEL) tampil memberikan penjelasan hukum berkaitan isu- isu semasa kewangan Islam melalui wahana SISMIM ‘1O sebagai platform memberikan kefahaman berkaitan asas- asas muamalat Islam. Dengan memilih beberapa isu kewangan dan perbankan terpilih, Seminar sehari ini akan memberikan penerangan dan penjelasan berteraskan teks al- quran, al- sunnah dan pendapat fuqaha’ silam dan semasa yang akhirnya akan memberikan kefahaman yang jitu kepada masyarakat Islam.
Bersesuaian dengan visi PUMSEL bagi tahun 2010 yang meletakkan agenda pemerkasaan kefahaman umat Islam khususnya di negeri Selangor, maka adalah diharapkan program ini dapat menjadi nilai tambah (added- value) kepada program- program kefahaman Islam sedia ada yang dianjurkan oleh agensi- agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan
OBJEKTIF
1. Memberikan pendedahan kepada masyarakat berkaitan isu- isu perbankan dan kewangan yang mempunyai hubungkait dengan muamalat Islam.
2. Menyuntik kefahaman yang mapan serta penyelesaian syariah terhadap isu- isu semasa perbankan dan kewangan Islam.
3. Menyemarakkan budaya keilmuan dalam kehidupan masyarakat khususnya dikalangan umat Islam.
4. Memberikan pendedahan berkaitan konsep dan operasi pelaksanaan sistem kewangan dan perbankan Islam kepada masyarakat bukan Islam.
PENYERTAAN
Seminar menjemput penyertaan dari para ulama’, intelektual, pegawai-pegawai agama, penyelidikan, pertubuhan-pertubuhan gerakan Islam dan badan-badan NGO, agensi-agensi kerajaan, wakil institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta, serta orang perseorangan.
PEMBENTANGAN KERTAS KERJA
Kertas 1: Senario Sistem Kewangan dan Perbankan Islam: Isu- Isu dan Cabaran Semasa
Oleh : Prof. Madya Dr. Mohamad Akram bin Laldin
Pengarah Eksekutif International Shariah Research Academy (ISRA), Bank Negara Malaysia
Kertas 2: Sistem Kewangan Islam; Satu Kajian Persepsi Dikalangan Masyarakat Bukan Islam di Malaysia
Oleh : Prof. Dr. Bala Shanmugam
University Monash Kampus Bandar Sunway, Selangor
Kertas 3: Isu-isu Perundangan Dalam Kewangan Islam : Cabaran dan Harapan Kepada Institusi Kehakiman Syariah
Oleh : YA. Dato’ Haji Muhammad Asri bin Abdullah
Hakim Mahkamah Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
Kertas 4: Faedah Perbankan Konvensional dan Keuntungan dalam Perbankan Islam: Sorotan Fiqh Perbandingan
Oleh : Prof. Madya Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki
Ketua Jabatan Penyelidikan, International Shariah Research Academy (ISRA), Bank Negara Malaysia
Kertas 5: Insurans dan Takaful; Suatu Perbandingan dan Perbahasan Hukum
Oleh : YBhg. Dato’ Haji Mokhtar bin Shafie
Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor/ Pengerusi Penasihat Syariah Takaful IKHLAS Sdn. Bhd.
Kertas 6: Produk Kad Kredit Islam dan Aplikasinya di Perbankan Islam
Oleh : Dr. Azman bin Mohd. Noor
Jabatan Fiqh dan Usul, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, UIAM /Ahli Penasihat Syariah, Bank Al- Rajhi (Malaysia) dan MNRB Re- Takaful Berhad
Kertas 7: Forex Trading dan Leverage: Konsep, Aplikasi dan Penilaian Melalui Kerangka Hukum
Oleh : Tuan Haji Mohd. Zamerey bin Abdul Razak
Ketua Jabatan Syariah, Asian Finance Bank
Kertas 8: Perniagaan MLM Dalam Perspektif Fiqh Islami
Oleh : Ustaz Haji Zaharuddin bin Muhammad
Ahli Penasihat Syariah, HSBC Amanah Takaful
Kertas 9: Saham dan Ekuiti Dalam Sistem Kewangan Islam
Oleh : Dr. Rusni Hassan
Kuliyyah Undang- Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
MAKLUMAT DAN PENDAFTARAN
Konvensyen ini akan dilangsungkan bermula pendaftaran dari jam 8.00 pagi dan berakhir 5.00 petang.
Yuran Penyertaan :
Agensi Kerajaan dan Swasta = RM 150
Individu/ Perseorangan = RM 50
Pelajar Ijazah Pertama/ Menengah = RM 30
Pendaftaran Penyertaan :
Untuk penyertaan seminar, sila buat pendaftaran sebelum atau pada 10 Mac 2010 dengan menghubungi:
i. Sdra. Mohd Azmi - 013- 384 0710
ii. Puan Siti Aishah - 013- 212 7814
iii. Encik Khairul Nizam - 012- 291 1335
Faks : 03-7955 4300
Email : pumpusat@yahoo.com
Blog : http://ulamadaily.blogspot.com
Brouser Konvensyen
Borang Penyertaan
Salam, tahniah dan syabas kepada PUMSEL, tajuk dan pembentang yang amat menarik. Saya tak akan lepaskan peluang ini.