HALAMAN BLOG RASMI
PERSATUAN ULAMA MALAYSIA

MAKLUMAN PENTING

Layari laman baru PUM di http://www.pum.org.my/. Kami menghargai komentar dan cadangan anda untuk penampilan yang lebih baik bagi laman web ini. KLIK

Home › KULIAH PENGAJIAN TAFAQUH

KULIAH PENGAJIAN TAFAQUH

KULIAH PENGAJIAN TAFAQUH
SETIAP SABTU (MINGGU 2 & 4)
Masa: (9.00 pagi – 12.30 tghri)
Tempat: Dewan Masjid Al-Muhsinin Taman Danau Desa, Off Jln Klang Lama, Kuala Lumpur
Anjuran Bersama:
Masjid Al-Muhsinin / Jab Agama Islam WP / Persatuan Ulama’ Malaysia WP

PENGAJIAN FEQH (Sabtu Minggu 2)
Rujukan : Kitab Al-Iqna’

Prof Madya Dato’ Salleh Hj Ahmad merupakan pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa. Mempunyai kepakaran luas dalam bidang Fiqh dan Usul. Menjadi pakar rujuk dalam pelbagai bidang syariah; ibadat, munakahat, jinayat, muamalat dan sebagainya. Aktif memberi kuliah di masjid, surau, seminar dalam dan luar negara. Pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Syariah (fatwa) Negeri Perak, AJK Perundingan Hukum Syara’ Wilayah Persekutuan, Selangor dan pulau Pinang. Ahli Panel Kajian Syariah JAKIM, Ahli Lajnah Syariah Koperasi Belia Islam Malaysia, Koperasi Muslimin Malaysia Berhad, Koperasi Al-Hilal, jawatankuasa PERKIM, Ahli Majlis Agama Islam Negeri Perak, Anggota Panel Hakim Mahkamah Rayuan Negeri Selangor, Ahli Pengawasan Majlis Syariah Bank Rakyat, jawatankuasa Kajian Undang-Undang Keterangan Muamalat dan lain-lain lagi.


PENGAJIAN AQIDAH (Sabtu Minggu 2 & 4)
Rujukan : Kitab Jawhartul Tauhid

Us Zamihan Hj Mat Zin al-Ghari, dilahirkan di Gua Musang, Kel, Umur 32 Tahun, B.a (Hons) Syariah &Peng Islam (Mu'tah, Jordan), M.a (Tasawwuf) UKM), sdg menyiapkan Tesis Phd (Usuluddin & Falsafah) UKM. Panelis Forum, Seminar, Ceramah, Diskusi Jabatan Agama, Jabatan Mufti, Kementerian & Sykt Swasta. Muncul dalam Klasik FM dan IKIM. Penulis buku2 agama dan menulis di akhbar.


PENGAJIAN TASAWUF (Sabtu Minggu 4)
Rujukan : Kitab Al-Hikam

Dr. Luqman Hj Abdullah merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Beliau memperolehi ijazah Ph.D dari Edinburgh University, Scotland. Bidang kepakaran beliau ialah fiqh harta, zakat dan juga sistem pendidikan pondok. Beliau mengikuti sistem pengajian pondok sejak sekian lama dan sekarang mengambil alih daripada al-marhum bapanya sebagai Pengerusi Madrasah Rahmaniah Pondok Lubok Tapah, Pasir Mas, Kelantan.


PERCUMA
TERBUKA UNTUK SEMUA
MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI : 0136714932 (Us Khairul)

Tags:

1 comments to "KULIAH PENGAJIAN TAFAQUH"

  1. Anonymous says:

    salam alaik :) alhamdululillah,mohon copy di blog sy ,http://senyumansemngtsaudara.blogspot.com/ .trm kasih :)

Leave a comment