HALAMAN BLOG RASMI
PERSATUAN ULAMA MALAYSIA

MAKLUMAN PENTING

Layari laman baru PUM di http://www.pum.org.my/. Kami menghargai komentar dan cadangan anda untuk penampilan yang lebih baik bagi laman web ini. KLIK

Home , › PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DI KALANGAN MASYARAKAT BUKAN ISLAM

PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DI KALANGAN MASYARAKAT BUKAN ISLAM

KENYATAAN AKHBAR PERSATUAN ULAMA’ MALAYSIA CAWANGAN SELANGOR BERKAITAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DI KALANGAN MASYARAKAT BUKAN ISLAM

Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Selangor (PUMCS) menjunjung tinggi titah DYMM Sultan Selangor yang telah menitahkan semua pihak di negeri Selangor agar berpegang teguh kepada pendirian mengharamkan pengunaan kalimah Allah oleh agama selain Islam.

PUMCS berpandangan titah DYMM Sultan Selangor ini adalah bertepatan dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan juga keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang telah sebulat suara bersetuju memutuskan lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.

Oleh yang demikian, PUMCS menyeru semua pihak supaya akur dan mematuhi oleh titah DYMM Sultan Selangor ini dalam usaha memelihara kesucian aqidah dan keharmonian rakyat di negeri Selangor.

Masyarakat bukan Islam juga adalah diseru agar lebih sensitif dan peka dengan isu- isu yang menyentuh hal ehwal umat Islam. Perkara ini hendaklah dijaga dengan sebaik mungkin supaya tidak timbul sebarang pertikaian yang membawa kepada konflik antara agama dan perpecahan kaum.

Selain itu, PUMCS juga mengutuk sebarang cubaan atau perbuatan khianat terhadap mana- mana tempat ibadat tidak kira samada masjid, surau, gereja dan seumpamanya. Perbuatan tersebut bukanlah ajaran dan akhlak Islam.

PUMCS bersedia berganding bahu dengan mana- mana pihak untuk mempertahankan hal ehwal agama Islam di dalam Negeri Selangor dan juga mempertahankan DYMM Sultan Selangor sebagai Ketua Agama yang bertanggungjawab memelihara kesucian agama Islam.

Kenyataan rasmi ini adalah daripada:
Ustaz Mohamad Zamri bin Mohamed Shapik
Pengerusi
Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Selangor

Tags: ,

2 comments to "PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DI KALANGAN MASYARAKAT BUKAN ISLAM"

  1. Anonymous says:

    Assalamualaikum,
    Selain kalimah Allah, terdapat 34 perkataan yang diharamkan penggunaannya oleh orang bukan Islam di Selangor. Saya ingin bertanya PUM: (1) Apakah hak kita untuk menghalang non-Muslim daripada menggunakan kalimah Allah dan 34 perkataan lagi itu?
    (2) "Ya-ayyuhannas":Bukankah seruan Allah SWT ini membuktikan bahawa al-Quran itu diturunkan oleh Allah SWT kepada umat manusia seluruhnya, sama ada manusia itu beriman kepada Allah atau tidak? Kalau Allah sendiri menujukan al-Quran itu kepada bukan Islam, tidak berdosakah kita bersusah-payah menghalang 'hak' mereka?
    (3) Apa akibat buruknya kepada kita kalau mereka menggunakan kalimah-kalimah berkenaan? Tidakkah nmenghalang mereka bermakna kita menjauhkan mereka daripada Islam?
    (4) Daripada aspek hablumminannas, tidakkah hubungan dan perhubungan antara kita dengan mereka menjadi renggang, kekok dan terputus? Komunikasi pun menjadi 'tempang'.

    Cukup dulu. Wassalam.

    -Yangretibase
    Kuala Terengganu.

  2. Ahmad says:

    Tidak perlu untuk diperdebatkan. Bekerja untuk membangunkan Islam, jangan melemahkan sesiapa dikalangan umat.

Leave a comment