Buku ini telah diterbitkan pada tahun 2009. Pelancarannya dilakukan oleh YB Senator Dato' Jamil Khir Baharom ketika beliau merasmikan Seminar Dunia Islam Kontemporari anjuran PUM pada 15 Ogos 2009.
Buku ini diselenggara bersama oleh Prof Madya Dr Abdul Karim Ali dan Dr. Mohd Roslan Mohd Nor pensyarah, Akademi Pengajian Islam, UM.
Ia menggabungkan beberapa artikel terpilih yang ditulis oleh para sarjana Muslim tanahair dan beberapa aktivis masyarakat yang prihatin terhadap persoalan Islam Liberal.
Ia mendedahkan kajian-kajian lapangan atau kajian kes yang dijalankan oleh penulis-penulis di mana ada di antara mereka telah pergi untuk menemurah tokoh-tokoh yang terlibat dengan liberalisasi Islam di beberapa negara termasuk Mesir dan Indonesia.
Antara kandungan tulisan dalam buku tersebut:
1. Asas-Asas Utama Dalam Pemikiran Islam
2. Modenisme dan Liberalisme, Sorotan Sejarah Kelahirannya dan Penilaian Terhadap Metodologinya
3. Pluralisme Agama: Kritikan Terhadap Pemikiran Islam Liberal
4. Kajian Islam dan Liberalisma di Mesir: Pengalaman Pertemuan Dengan Tokoh Liberal dan Pemikir Islam
5. Menangani Islam Liberal: Pengalaman Indonesia
6. Liberalisme Dalam Anti-Hadith di Indonesia dan Malaysia
7. Agenda Sekularisasi di Sebalik Pemikiran Anti-Hadis dan Islam Liberal: Suatu Kupasan Epistemologikal
8. Manifestasi Islam Liberal di Malaysia: Dimensi Politik dan Undang-Undang
9. Usaha Membendung Pengaruh Islam Liberal: Kajian Terhadap Strategi Kiai Haji Ahmad Dahlan Dalam Memurnikan Ajaran Islam
10. Pengaruh Orientalis Ke Atas Pemikiran Islam Liberal
11. Telaah Hubungan Muslim - Non Muslim Dari Perspektif Pemikiran Islam Liberal
12. Islam Liberal di Indonesia: Satu Analisis Pengalaman Kajian Lapangan
13. Islam Liberal dan Pandangan Personaliti Akademik di Indonesia: Satu Analisa
14. Pemikiran Islam Liberal Nurcholis Madjid: Suatu Tinjauan Awal
15. Perselingkuhan Islam Liberal Dan Barat: Pasca 911 - Identifikasi, Faham Dan Strategi Dalam Mendepani Arus Liberal Islam
Untuk pembelian buku tersebut bolehlah menghubungi pejabat PUM di talian 03-5512 4300 (Azmi) atau dapatkan di kedai buku terpilih.
Islam Liberal - Isu Dan Cabaran Abdul Karim Ali & Mohd Roslan Mohd Nor Persatuan Ulama Malaysia 2009, ISBN 978-983-2417-55-2 0.44 kg, 282 Muka Surat HARGA : RM27.00 | |||||
Berapa harga Buku Islam Liberal ni?