HALAMAN BLOG RASMI
PERSATUAN ULAMA MALAYSIA

MAKLUMAN PENTING

Layari laman baru PUM di http://www.pum.org.my/. Kami menghargai komentar dan cadangan anda untuk penampilan yang lebih baik bagi laman web ini. KLIK

Home , › BUKU ISLAM LIBERAL

BUKU ISLAM LIBERAL


Buku ini telah diterbitkan pada tahun 2009. Pelancarannya dilakukan oleh YB Senator Dato' Jamil Khir Baharom ketika beliau merasmikan Seminar Dunia Islam Kontemporari anjuran PUM pada 15 Ogos 2009.

Buku ini diselenggara bersama oleh Prof Madya Dr Abdul Karim Ali dan Dr. Mohd Roslan Mohd Nor pensyarah, Akademi Pengajian Islam, UM.

Ia menggabungkan beberapa artikel terpilih yang ditulis oleh para sarjana Muslim tanahair dan beberapa aktivis masyarakat yang prihatin terhadap persoalan Islam Liberal.

Ia mendedahkan kajian-kajian lapangan atau kajian kes yang dijalankan oleh penulis-penulis di mana ada di antara mereka telah pergi untuk menemurah tokoh-tokoh yang terlibat dengan liberalisasi Islam di beberapa negara termasuk Mesir dan Indonesia.

Antara kandungan tulisan dalam buku tersebut:

1.       Asas-Asas Utama Dalam Pemikiran Islam                                                                          
2.       Modenisme dan Liberalisme, Sorotan Sejarah Kelahirannya dan Penilaian Terhadap Metodologinya
3.       Pluralisme Agama: Kritikan Terhadap Pemikiran Islam Liberal
4.       Kajian Islam dan Liberalisma di Mesir: Pengalaman Pertemuan Dengan Tokoh Liberal dan Pemikir Islam                                                                                                                                                         
5.       Menangani Islam Liberal: Pengalaman Indonesia                                          
6.       Liberalisme Dalam Anti-Hadith di Indonesia dan Malaysia                          
7.    Agenda Sekularisasi di Sebalik Pemikiran Anti-Hadis dan Islam Liberal: Suatu Kupasan Epistemologikal
8.       Manifestasi Islam Liberal di Malaysia: Dimensi Politik dan Undang-Undang                       
9.      Usaha Membendung Pengaruh Islam Liberal: Kajian Terhadap Strategi Kiai Haji Ahmad Dahlan  Dalam Memurnikan Ajaran Islam                                                                                   
10.   Pengaruh Orientalis Ke Atas Pemikiran Islam Liberal                    
11.   Telaah Hubungan Muslim - Non Muslim Dari Perspektif Pemikiran Islam Liberal             
12.   Islam Liberal di Indonesia: Satu Analisis Pengalaman Kajian Lapangan                                 
13.   Islam Liberal dan Pandangan Personaliti Akademik di Indonesia: Satu Analisa                  
14.   Pemikiran Islam Liberal Nurcholis Madjid: Suatu Tinjauan Awal                              
15.   Perselingkuhan Islam Liberal Dan Barat: Pasca 911 - Identifikasi, Faham Dan Strategi Dalam Mendepani Arus Liberal Islam                   

Untuk pembelian buku tersebut bolehlah menghubungi pejabat PUM di talian 03-5512 4300 (Azmi) atau dapatkan di kedai buku terpilih.

Islam Liberal - Isu Dan Cabaran
Abdul Karim Ali & Mohd Roslan Mohd Nor
Persatuan Ulama Malaysia
2009, ISBN 978-983-2417-55-2
0.44 kg, 282 Muka Surat
HARGA : RM27.00





Tags: ,

1 comments to "BUKU ISLAM LIBERAL"

  1. Anonymous says:

    Berapa harga Buku Islam Liberal ni?

Leave a comment